Seorang lelaki membunuh isterinya dengan kejam tanpa belas kasihan di Kampung Danau Indah, Kalimantan, Indonesia. Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Tanah Bumbu, AKP Saryanto berkata, pelaku membunuh isterinya akibat terlalu kerap meminta cerai daripadanya.
“Motif pembunuhan adalah krisis ekonomi. “Disebabkan hal itu si isteri minta diceraikan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. Menurut portal kompas, pembunuhan berlaku pada Sabtu lalu di mana si suami tiba-tiba menjerut leher isteri menggunakan tali ketika isterinya melepaskan ‘hajat’ di pinggir sungai belakang rumah. "Suspek dari belakang terus menjerut leher mangsa dengan menggunakan tali penyidai pakaian," katanya. Tidak lama kemudian, pelaku cuba membunuh diri dengan meneguk racun tanaman liar namun usaha bunuh dirinya gagal. “Setelah melakukan pembunuhan, pelaku mencuba bunuh diri dengan meminum racun tanaman dan memberitahu pada kakak kepada mangsa bahwa adiknya telah dibunuh," tambahnya.
Mendengar sahaja bahwa pelaku telah membunuh adiknya, keluarga mangsa langsung membuat laporan. Polis kemudian bergerak dengan pantas sebelum menangkap pelaku dan mengakui telah membunuh isterinya. Jika disabitkan kesalah, suspek akan berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun. Sumber: mStar |
nurul_akmar replied at 26-4-2023 07:31 AM
baru org tu nk buang air besar, dh kena jerut.
ADVERTISEMENT