CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Segak Berlari Pakai Baju Melayu Merah Siap Sampin, Edan Syah Puas Hati Pecah Rekod Dunia Maraton

26-4-2023 06:25 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 594| Komen: 9|Original author: Tatod

Pelari maraton negara, Mohd Syahidan Alias melakar sejarah baharu dalam Guinness World Records (GWR) selepas muncul sebagai pelari terpantas bagi kategori pakaian tradisional lelaki pada acara TCS London Marathon 2023, Ahad lepas.


Mohd Syahidan, atau lebih dikenali sebagai Edan Syah, kelihatan teruja selepas mencatatkan masa dua jam 49 minit 22 saat dalam larian maraton sejauh 42 kilometer itu dengan berbaju Melayu lengkap beserta sampin dan songkok.

Kejayaan itu dikongsikan Syahidan atau lebih dikenali dengan nama Edan Syah menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.


"Misi berjaya. Kami berjaya capai misi untuk catatan masa bawah tiga jam untuk menjadi pemegang rekod dunia Guinness sebagai pelari maraton paling laju (42.2 km) dalam pakaian tradisional melayu (lelaki)," tulisnya.

Untuk rekod, pada 2019, Edan Syah turut mengharumkan nama Malaysia apabila mencatatkan rekod dunia ketika Festival Larian Blackmores di Sydney, Australia sebagai pelari maraton paling laju dalam kostum bendera negara dengan catatan masa dua jam 54 minit.


Bukan itu sahaja, Edan turut ucapan terima kasih kepada jenama baju melayu tempatan, Bulan Bintang yang menajanya sehingga berjaya melakukan rekod dunia berkenaan.

"Terima kasih sekali lagi kepada @bulanbintanghq @meripergibulat atas kepercayaan, peluang dan menerima idea "luar kotak" saya untuk projek ini.

"Anda berani mencipta penanda aras baharu apa yang boleh dan buat yang mustahil. Terima kasih pengurus saya @jolenehong atas kepercayaan anda dan semua pengaturan dengan Rekod Dunia Guinness (GWR) dan pasukan @bulanbintanghq.

"Kami sudah melakukan yang terbaik untuk menjadikan baju melayu kembali hebat pada 2023 TCS @londonmarathon pada Hari Raya Aidilfitri! Terima kasih semua atas doa dan sokongan anda dalam perjalanan," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 26-4-2023 06:42 AM
Iklan bulan bintang ke ni?
Quote Piramida 26-4-2023 07:17 AM
Ingatkn pecah record paling laju.. Pelik jugak nak masuk Guinness... Rupanya pakai pakaian tradisional.
Kalau peserta negara lain yg laju dan pakai nasional costume masing2 pun entitled jugak lah kan? Tahniah.
Bila lah ai nak dpt pb bawah 3 hrs ni hehehe
Quote sangbara2020 26-4-2023 07:45 AM
mohtip sgt
Quote s@s@ 26-4-2023 07:49 AM
x berbulu pulak seluar baju melayu dia
Quote Highflyer19 26-4-2023 07:52 AM
Sib baik kt london klau kt sini msti dituduh racist…silap2 dituduh sengaja nk probok dgn menonjolkn ketuanan Melayu dressing mcm tu…
Quote adizero11 26-4-2023 08:01 AM
tak ajak pakcik yg berjalan dr johor kr istana negara ke?? konfem2 pecah rekod round satu europe kalau pakcik tu join..huhu
Quote dexa 26-4-2023 08:24 AM
tahniah edan -- alhamdulillah -

sempena raya la kan ;  - pakai baju melayu
hari tu ada satu lagi marathon -- makcik indian tu pakai saree lari finished up
marathon kat manchester tak silap - not sure dapat guinness or not --

kita pakai running attire pun nak finish up 42km - minta nyawa -
Quote dexa 26-4-2023 08:25 AM
Piramida replied at 26-4-2023 07:17 AM
Ingatkn pecah record paling laju.. Pelik jugak nak masuk Guinness... Rupanya pakai pakaian tradision ...



tuan practice --   insyaallah  pecah record kebangsaan nanti lari sub 3hrs-

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.050470 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top