CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah Runtuh: Kakitangan IIM Diarah Bekerja Dari Rumah

26-4-2023 05:35 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 583| Komen: 5|Original author: Tatod

Kakitangan Institut Integriti Malaysia (IIM) diarah bekerja dari rumah susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan institut itu tengah hari tadi.


IIM melalui kenyataan malam tadi memaklumkan arahan itu dibuat atas faktor keselamatan dan berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Keadaan lokasi tanah runtuh di hadapan bangunan MACA milik SPRM dan berhampiran IIM

"IIM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam kerja pemantauan di kawasan terbabit.

"Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang IIM (www.iim.gov.my) dan media sosial institut itu untuk maklumat terkini," menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, seramai 76 individu terdiri daripada 36 lelaki dan 40 wanita yang juga petugas pentadbiran MACA dan IIM, berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan terbabit.


Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan susulan kejadian itu.

Kejadian sama melibatkan kawasan di depan pintu akademi milik SPRM dan meruntuhkan sebuah pondok kawalan dengan keluasan tanah runtuh dianggarkan 30.48 x 36.57 meter persegi.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 26-4-2023 06:45 AM
Elohim bayar cash?
Quote KamikuP 26-4-2023 10:54 AM
Ironic kan.. ni mesti kontraktor mkn rasuah buat cincai2 kan SPRM dah mendapat ekekekekekek
Quote VespaSilbe 26-4-2023 11:11 AM
Yabedabedue.. boleh sambung ghaya khuenz..
Quote Thunderclouds 26-4-2023 11:14 AM
Cash.
X insof lg xto la.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.319394 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top