CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baling Objek Ke Arah Kereta, 4 Remaja Ditahan

25-4-2023 07:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1045| Komen: 19|Original author: Tatod

Empat remaja lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian membaling objek keras ke arah kereta bergerak di KM53, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, berhampiran Kampung Air Jada di sini, hari ini.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Mohd Rahimi Zainol, berkata empat remaja itu berusia dalam lingkungan usia 15 hinga 17 tahun.

Menurutnya, suspek yang menaiki motosikal, membaling objek keras ke arah cermin kenderaan khususnya kereta yang sedang bergerak dari arah bertentangan.


"Laporan berkaitan kejadian diterima awal pagi tadi daripada mangsa yang menggunakan laluan itu daripada arah Kota Bharu, Kelantan menghala Kuala Kangsar.

"Cermin hadapan dan sisi sebelah pemandu kenderaan mangsa pecah dalam kejadian sekitar jam 4.50 pagi tadi," katanya.

Menurutnya, tiga lagi laporan diterima berkaitan kejadian sama membabitkan kenderaan berlainan yang melalui jalan berkenaan pada waktu yang sama dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM5,000.


"Hasil maklumat yang diperolehi, polis berjaya membuat tangkapan terhadap empat remaja lelaki itu," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat).


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 25-4-2023 07:09 PM
Anak2 serambi mekah.  Pak mak buang sampah merata anak2 buang kat org pula.  Dapat tu titik kan cukup2.
Quote imransulaiman 25-4-2023 07:12 PM
Dah takde kerja lain ke lahanat???! Daripada kau buat kerja tak berfaedah tu, baik kau pergi masjid ke surau ke tolong tok siak bentang sejadah..
Quote nakkomenjugak 25-4-2023 08:09 PM
Pastu dah besar carik pasal kat shah ale pulekkkkk
Quote jari10 25-4-2023 08:21 PM
Edited by jari10 at 25-4-2023 08:27 PM
Samerosie replied at 25-4-2023 07:09 PM
Anak2 serambi mekah.  Pak mak buang sampah merata anak2 buang kat org pula.  Dapat tu titik kan cuku ...


“ Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, berhampiran Kampung Air Jada”

“…daripada arah Kota Bharu”

Anak2 serambi ke? Tapi statement by officer Gerik. Air jada tu belah klate ke?
Quote Samerosie 25-4-2023 08:34 PM
jari10 replied at 25-4-2023 08:21 PM
“ Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, berhampiran Kampung Air Jada”

“…daripada arah Kot ...

Ni jalan satu lagi ke kelantan.  Gerik ni dah border perak kelantan dah.  So either budak2 ni mmg dr kelantan and nak balik ke sana or duduk area border.  Jalan ni leh gi thailand gak.
Quote Belibis 25-4-2023 11:26 PM
jari10:  Edited by jari10 at 25-4-2023 ...

Tak kisah laaa..janji boleh kutuk orang kelantan..
Quote Carcosa 25-4-2023 11:39 PM
Bodoh punya anak2 anying!
Suruh mak bapak diorang ganti kerosakan kereta, Then masukkan setan2 ni dlm jail. Mesti muka sekor2 berkerak selekeh.
Quote jari10 26-4-2023 01:22 AM
Edited by jari10 at 26-4-2023 01:28 AM
Belibis replied at 25-4-2023 11:26 PM
Tak kisah laaa..janji boleh kutuk orang kelantan..


Ehehe u get my motip ..aku siap tgk map sempadan ktan-perak dgn km 53 tu dan anggaran dgn kpg air jada dlm 3+ jam perjalanan berkereta. Aku pun selalu gak ngutuk ore klate tp beragaklah jgn sampai tak menentu hala hehe
Quote jari10 26-4-2023 01:24 AM
Samerosie replied at 25-4-2023 08:34 PM
Ni jalan satu lagi ke kelantan.  Gerik ni dah border perak kelantan dah.  So either budak2 ni mmg  ...

Yes aku tahu. Tapi dari sempadan ktan/perak ke lokasi kejadian anggaran berapa kilometer ya hehe
Quote Perwira2022 26-4-2023 06:37 AM
Janji dapat kutuk Kelantan walaupun bodoh geografi pppprfftttt
Quote sukacactus 26-4-2023 07:21 AM
Bosannya hidup korang…xde aktiviti berpekdah lain ke
Padan muka la ye kena cekup
Quote sangbara2020 26-4-2023 07:44 AM
raya deme membosankan pastu teringin nk mkn free dlm lokap lettew
Quote cikatilia 26-4-2023 12:22 PM
anat tol budak2 ni
kot tiba2 jadi major eksiden ke yg terkena tu pemandu lori tangki dah jadi nahas besar
Quote otai_g 26-4-2023 12:24 PM
Anak Salah buat ni. Kurang didikan mak ayah. Tu jd mcm ni. Mesti bdk melayu kan? Bdk cina India x de keje nak buat bnd bodoh mcm ni
Quote DARSITA 26-4-2023 12:43 PM

Padan la muka mak ayah tak memasal kena bayar riban ringgit ganti rugi cermin kereta orang. Kot tak mampu jual jer motor anak anak tu.

Kalau akibatkan kemalangan dan ada yang terbunuh tak pasal anak kena pertuduhan manslaughter.
Quote encikWawad 26-4-2023 01:05 PM
Letakkan dalam jel. Lempor batu plak ke dia
Quote renko 26-4-2023 01:34 PM
pijak babi2 ni berjemaah

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059387 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top