CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengunjung, Peniaga Pasar Buang Sampah Merata-Rata "Bila Orang Kelantan Dikutuk Pengotor Tahu Pula Marah!"

25-4-2023 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5006| Komen: 75

PETALING JAYA – Pengotor! Itu yang dapat digambarkan keadaan sekitar Pasar Parit Dalam di Kota Bharu, Kelantan yang bersepah sampah sarap dibuang merata-rata oleh segelintir peniaga dan pengunjung di situ.


Gambar keadaan jalan yang kotor dipenuhi sampah tersebut dikongsikan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menerusi akaun TikTok sekali gus mengundang maklum balas kecewa daripada orang ramai.




“Walaupun Kempen Kelantanku Bersih telah lama dilaksanakan, kemudahan tempat membuang sampah yang cukup telah disediakan, peringatan oleh petugas penguat kuasa dan kesihatan awam untuk menjaga kebersihan kawasan bazar telah acapkali disampaikan, masyarakat, peniaga dan pengunjung masih ingkar.

“Ini adalah contoh sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga dan pengunjung Pasar Parit Dalam yang tidak mengutamakan kebersihan. Bila terjadinya perkara begini, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga yang dipersalahkan,” kata penerangan video yang dimuat naik semalam.


Menjengah ke ruangan komen, pengguna laman sosial turut meluahkan perasaan sedih dengan sikap yang ditonjolkan tersebut.



“Saya orang Kelantan sedih tengok keadaan begini. Kalau orang luar mengata kita pengotor, kita marah. Dah benda betul,” komen Farhan Ghafar859 menggunakan dialek Kelantan.

“Sedih, samalah di sekolah pun ‘jenuh’ ingatkan selalu. Tapi tak buat juga, buang sampah merata-rata juga. Semuanya dari rumah ibu ayah contoh kepada mereka,” kata cthajarsiti.

“Janganlah dipolitikkan isu ini. Setiap orang Islam itu wajib menjaga keharmonian sesama insan,” ujar pengguna dikenali sebagai Zal. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 25-4-2023 04:06 PM
Serambi mekah nak buat camne.  
Quote cmf_jeangrey 25-4-2023 04:37 PM
Segelintir peniaga?? Kalau dah seluruh kawasan tu penuh sampah, maksudnya semua pengotor..dasar x boleh diajar
Quote Thunderclouds 25-4-2023 04:50 PM
Membangun bersama isley katanyehhhh..
Buang sampah pn gagal!
Quote creep_bite 25-4-2023 05:21 PM
Budaya pengotor dh jd sinonim plk dgn set2 ni...
Quote imanjannah 25-4-2023 05:30 PM
ya Allah kotornya, mmg KB tu pun kotor, kedai2 mknnya pun kotor, pasar SK tu kotor, mmg bangsa pengotor ke apa?  knapa diaorg ni jadi gitu mentalitinya ye
Quote shernazz 25-4-2023 06:06 PM
Yang meniaga ni takde Iman
Quote kakikuDibibirmu 25-4-2023 06:19 PM
shernazz replied at 25-4-2023 06:06 PM
Yang meniaga ni takde Iman

Chef Ammar jugak yang bagus, sebab dia masak dengan iman
Quote syamzana 25-4-2023 06:34 PM
lainkali tepi setiap gerai letak tong sampah beso hijau tu. utk pengunjung plak attach skali tong sampah kat body msg2.
org camni tong sampah sedepa kat depan pun malas nak guna, sejenis tgn tu buang merata
Quote cikmouse 25-4-2023 06:41 PM
Sejenis mentaliti jamban punyaaa perangai...
Quote Minami2013 25-4-2023 06:49 PM
Kerajaan pas pis pus...
Quote che-cikL 25-4-2023 06:53 PM
Membangun Bersama Islam...

Diorang embrace kepemembangunan itu melalui sampah2 tu lah uols... Camana nak buktikan membangun kalau takde sampah, gitewww
Quote shernazz 25-4-2023 07:06 PM
kakikuDibibirmu replied at 25-4-2023 06:19 PM
Chef Ammar jugak yang bagus, sebab dia masak dengan iman


Betul tu
Quote bungarose 25-4-2023 07:16 PM
Iyer
Aku g kb memang kotor
Nak makan pun kena pilih kedai
Dengan bau air longkang nyer
Quote ChildrenOfBodom 25-4-2023 07:17 PM
RIP pekerja di pembersihan di kelate
Quote cmf_premierleag 25-4-2023 07:22 PM
Inilah kebangga serambi mekohhh sambil laung takbir takbir bagai
Geli weh kawen dgn kelantan..pengotor yakmats
Quote nakkomenjugak 25-4-2023 07:31 PM
Heheheehehhe
Nampak gaya orang Jepun lagi isleyyyy dari SKJP
kitorang dah cakap dah tapi isley clan ni in denial
See?
Quote alieyrina 25-4-2023 09:01 PM
Lantaklaa janji tutup aurat. Kalau pengotor bukan kena denda ponnn btul tak sskjp
Quote mejaputih 25-4-2023 09:27 PM
Nanti kalau kitorg pembersih cleaner takde keje nk buat..last2 kena terminate contract sbb x perlu cleaner
- lobai2...
Quote anony-mous 25-4-2023 09:58 PM
Dasat ek. Mmg dasar pengotoq majority sskjp ni. Pasar lain sepah2 sampah jgk tp x ada teruk nau mcm ni. Dan i rasa gen sskjp ni selfish

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.090078 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top