Ira Kazar disindir ketika beraya bersama saudara mara. Menerusi video tular di TikTok, seorang lelaki berbaju Melayu hitam dipercayai bapa saudaranya memanggil Ira sebelum memeluknya dan berpesan agar pelakon itu tidak buat hal sebelum diiringi gelak ketawa saudara mara yang lain.
"Awak jangan buat hal," katanya ringkas. Iara dilihat hanya mendiamkan diri dan wajahnya kelihatan berubah selepas menerima teguran tersebut. Kelibat Syamsul Yusof bagaimanapun tidak kelihatan dalam video berkenaan. Di ruangan komen ramai berpendapat sindiran saudara mara lebih pedih berbanding kecaman netizen.
Malah mereka juga meminta agar Ira tidak keluar beraya selepas didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang sedang bergolak ketika ini. "Saudara mara sendiri sindir macam itu, kebas muka mat. "Kalau aku jadi dia , aku tak keluar beraya. Kena sindir dengan saudara lagi terasa pedihnya. "Depan-depan pun muka dah kelat nak senyum, dalam hati mesti dia bengang," antara komen netizen. Sekadar info Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu. -CARI Sumber: mStar
|
ezacbee replied at 25-4-2023 08:31 AM
Mana sol? Raya pun hilang. Makan hati la ira.
ashilalat replied at 25-4-2023 04:40 PM
Tak rasa pon dia disindir..gurau² biasa je dalam keluarga. Acik bawang kalau tanya bila nak kawen, ...
ADVERTISEMENT