CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kampung Kuala Wau Senyap Sunyi Di Aidilfitri, Banyak Rumah Dikunci Dan Ditinggalkan

25-4-2023 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3543| Komen: 75

Maran: "Sekitar 1990-an, jalan sempit di Kampung Kuala Wau sesak dengan orang ramai semasa sambutan Aidilfitri namun suasana itu tidak lagi dirasai kerana banyak rumah di sini berkunci dan sebahagiannya ditinggalkan," kata penduduk, Nordin Md Atar, 59.


Menurutnya, Kampung Kuala Wau yang pernah menempatkan ribuan penduduk kini semakin sunyi dan hanya mempunyai 40 rumah namun tidak semua diduduki kerana kebanyakan generasi muda berhijrah ke tempat lain.

Nordin berkata, yang tinggal kini adalah warga emas yang kebanyakannya terikat dengan emosi tempat lahir dan masih sayang dengan kampung asal mereka.


Nordin bersama Norida bergambar di hadapan rumah yang berusia lebih 80 tahun, Foto: Harian Metro

"Saya amat merindui sambutan Aidilfitri ketika zaman remaja dulu. Kebanyakan orang yang membesar bersama saya berpindah ke tempat lain dan ada yang tinggal bersama anak serta jarang balik ke kampung ini lagi.


"Tradisi ziarah rumah ke rumah tidak seperti dulu kerana bilangan penduduk semakin berkurangan dan sambutan Aidilfitri semakin pudar," katanya.

Nordin yang tinggal bersama isteri, Norida Sulong, 57, berkata, sebelum jalan utama menghubungkan Kampung Kuala Wau dan kampung sekitarnya dibina pada 2000 penduduk bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan sungai.

"Saya ingat orang tua akan tunggu di sungai untuk anak pulang pada Aidilfitri. Anak mereka akan tiba dengan kereta akan meletakkan kenderaan di seberang sungai sebelum menyeberang menggunakan bot.

"Tebing sungai sesak dengan orang ramai, riuh rendah bercerita sambil menunggu anak-anak mereka menyeberang dengan bot," katanya.

Menurutnya, pada hari pertama Aidilfitri, penduduk bergotong-royong menyembelih haiwan ternakan dan memasak pelbagai hidangan di masjid sebelum menunaikan solat Aidilfitri dan berkumpul menikmati makanan selepas itu.

Dia berkata, tradisi memasak pada hari pertama Aidilfitri dihentikan kira-kira 25 tahun lalu kerana kekurangan tenaga kerja.

Bapa kepada empat anak yang dilahirkan di kampung itu berkata, dia tidak bercadang berpindah ke tempat lain kerana dilahirkan di sini.

"Setiap tahun anak-anak yang masih bujang pulang beraya tetapi tidak pasti apa akan terjadi apabila mereka berumahtangga kelak," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Kuala Wau, Mohd Zurin Md Jais, 49, berkata, terdapat 180 keluarga tinggal di situ suatu ketika dulu namun kini kebanyakan rumah ditinggal kosong.

"Ada juga pemilik datang dua bulan sekali membersihkan rumah yang ditinggalkan tetapi ramai juga tidak lagi datang.

Beliau berkata, istilah balik kampung untuk anak perantauan menyambut Aidilfitri tidak lagi relevan di Kampung Kuala Wau kerana suasana itu tidak lagi berlaku.

Menurutnya, apabila tanah Rancangan Felda dibuka, ramai penduduk yang berpindah ke sana.

"Kebanyakan penduduk bekerja sebagai penoreh getah dan nelayan sungai yang bergantung harap kepada Sungai Pahang.

"Jadi generasi muda lebih gemar ke bandar untuk mencari kerja atau melanjutkan pelajaran selepas tamat tingkatan lima," katanya sambil menambah di sana hanya terdapat sebuah kedai runcit di kampung. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 25-4-2023 03:42 PM
Rumah2 rosak dimamah usia.

Quote gigahertz 25-4-2023 04:10 PM
kampung i lori sampah pun x masuk . agak agaknya macam mana
orang kampung ngurus sampah ?
Quote gigahertz 25-4-2023 04:11 PM

rumah kg yang di tinggal kosong tu mesti atap zink dinding papan.
Quote monsterwife 25-4-2023 04:23 PM
Merdeka, merdeka, merdeka, dgn slang omputeh nya anak mak penyu
Quote sharlenetexas 25-4-2023 04:36 PM
gigahertz replied at 25-4-2023 04:10 PM
kampung i lori sampah pun x masuk . agak agaknya macam mana
orang kampung ngurus sampah ?

Campak campak campak merata.
Bakar.

Kalau yg ada kesedaran pasal kebersihan baguslah. Tapi tgk kan sskjp memang geleng kepala. Mentaliti pengotor buang sampah merata.

Quote gigahertz 25-4-2023 04:41 PM
sharlenetexas replied at 25-4-2023 08:36 AM
Campak campak campak merata.
Bakar.

sampah makanan boleh la bakar. tapi sampah plastik dan getah
nak bakar macam mana. i kat kg sekarang ni
nak makan atau nak buat apa apa. terbantut
sebab lori sampah tak masuk sini...


Quote slyfynx 25-4-2023 05:03 PM
gigahertz replied at 25-4-2023 04:10 PM
kampung i lori sampah pun x masuk . agak agaknya macam mana
orang kampung ngurus sampah ?

Kamoung opah I pun xde lori sampah.
Sampah degradable biase kumpul and bakar.
Yang boleh recycle kitorang kumpul.
Yang perlu masuk tong pun kumpul, bawak ke tong beso seminggu sekali.
Tp selalu my makcik yang buat sbb die buat rumah blkg rumah my opah.
Quote chandrahusin 25-4-2023 05:05 PM
gigahertz replied at 25-4-2023 04:41 PM
sampah makanan boleh la bakar. tapi sampah plastik dan getah
nak bakar macam mana. i kat kg sekar ...

kat rumah kampung akukitorg bakar daun2 dr pokok2 yg gugur keliling rumah je
yg plastik botol air, kaca
semua yg boleh jual
aku kutip kumpul pegi jual kat kedai paper lama
sampah2 lain mcm styrofoam
kumpul2 hantar kat tong sampah rumah kakak aku kat taman lain
rumah kampung aku ni bkn takde lori smpah masuk
tapi sbb rumah aku blkg
jiran depan dh conquer bahagian depan
Quote gigahertz 25-4-2023 05:05 PM
slyfynx replied at 25-4-2023 09:03 AM
Kamoung opah I pun xde lori sampah.
Sampah degradable biase kumpul and bakar.
Yang boleh recycle k ...

u tong sampah besar kat mana?
i tong sampah besar kat bandar.
jarak 5km dari kampung.
Quote honeybee1802 25-4-2023 05:09 PM
Lg 1 kadang..apa yg menyebabkan migrasi keluar ni sbb sesuatu kampung tu selalu banjir.kalo ngk google map dekat jg kampung ni dgn sg pahang...
Quote ultra78 25-4-2023 05:12 PM
Jika satu kawasan tu tiada kegiatan ekonomi maka lambat-laun mati la.
Quote slyfynx 25-4-2023 05:22 PM
gigahertz replied at 25-4-2023 05:05 PM
u tong sampah besar kat mana?
i tong sampah besar kat bandar.
jarak 5km dari kampung.

Lebih kurang la, sbb tong besar kt pasar.
renyah la tapi nk hantar
Quote kotakbaju 25-4-2023 05:24 PM
gigahertz replied at 25-4-2023 05:05 PM
u tong sampah besar kat mana?
i tong sampah besar kat bandar.
jarak 5km dari kampung.

Sama la iols pun. Kampung iols dok takde pun lori sampah datang masuk. So sampah2 yg iols punya akan masukkan ke dalam plastik hitam besar tu, kumpul dalam 2 hari sekali bawa buang ke pekan yg ada tong sampah besar tu. Jarak dia lagi jauh dalam 10km gitu. Ke lebih lagi. Tp sekarang adik iols akan buang dekat tong besar tepi jalan masa otw pi keja pagi2.
Quote Skuau 25-4-2023 05:39 PM
Apabila...kehidupan manusia mulai berubah...drp kehidupan biasa...kpda kehidupan 'material'....tak mungkin kehidupan 'tradisional' itu akan kekal.Maka 'runtuhlah' tradisi kehidupan bermasyarakat orang Melayu...bak runtuhnya kota Melaka'.Sedarkah mereka???...
Quote Suchi 25-4-2023 05:44 PM
gigahertz replied at 25-4-2023 04:11 PM
rumah kg yang di tinggal kosong tu mesti atap zink dinding papan.

Takde siling pastu panas yakmat laaa
Smlm pi raya kat Kuantan, pi lak umah papan bumbung zink ni laaa
Perghhh berkicap huhu tapi tahan jelaa kan
Dahla cuaca panas terik, kemain biru tak berawan langit
Tp lepas asar bila lepak tepi pantai sejuk plak hahah
Quote fadz84 25-4-2023 10:13 PM
Sama mcm kg I.. sampah letak dlm plastik hitam tu pastu hantar ke tong besar yg jarak dlm 5-6km dari kg I..
Quote fadz84 25-4-2023 10:14 PM
Suchi replied at 25-4-2023 05:44 PM
Takde siling pastu panas yakmat laaa
Smlm pi raya kat Kuantan, pi lak umah papan bumbung zink ni l ...

Pahang mmg panas skrg.. I blk kg hujan x turun langsung.. dlm rmh berbahang rasa wlpun kipas 24/7.. hehe
Quote kakikuDibibirmu 25-4-2023 10:28 PM
maran kerapu kepunden marang sekepperrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
Quote kakikuDibibirmu 25-4-2023 10:36 PM
Skuau replied at 25-4-2023 05:39 PM
Apabila...kehidupan manusia mulai berubah...drp kehidupan biasa...kpda kehidupan 'material'....tak m ...

kalau roboh Kota Melaka,
papan di Jawa hamba dirikan;
kalau sungguh bagai di kata,
badan dan nyawa hamba berikan.

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.046695 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top