CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Anak Aku Lapar,Kau Tak Kenal Aku Siapa, Tunggu Lawyer,"- Makanan Lambat Sampai, Wanita Mengamuk Curah Kuah Kari Dalam Restoran

25-4-2023 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5456| Komen: 87

Seorang wanita mengamuk dengan mencurahkan kuah kari di sebuah restoran kerana difahamkan pesanannya lambat disediakan.

Menerusi satu klip video tular ketika ini, seorang wanita difahamkan berang dengan layanan pekerja di sebuah restoran kerana lambat untuk menyiapkan pesanan makanannya.


Walaupun lokasi kejadian tidak dinyatakan, namun ternyata melalui percakapan wanita berkenaan kejadian terbabit berlaku di Malaysia.




Menerusi klip video terbabit juga, terdapat seorang lagi pelanggan lelaki yang turut mengamuk kerana isu sama yang tidak berpuas hati dengan layanan restoran tersebut.

Namun, berdasarkan kepada dialog pekerja restoran terbabit, mereka bersetuju untuk mengembalikan wang wanita dan lelaki tersebut.

“Anak aku lapar, kau ingat apa. Kau tak kenal aku siapa, tunggu lawyer (peguam) aku,” jelas wanita tersebut.



Namun, melihat kepada komen pengguna media sosial, rata-rata menganggap perkara tersebut tidak patut dan perlu berlaku ketika musim perayaan ketika ini.

“Musim raya biasalah, pelanggan ramai. Kedai lain banyak tutup. Lambat tu biasa. Macam tak berbaloi je kakak tu nak mengamuk, nampak la sikit kurang bijak di situ,” jelas Ardini.

“Lapar sangat kakak ni sampai mengamuk, siap dwi bahasa lagi. Sabar la kakak, musim raya ni kedai ramai orang.

“Nak fokus pada kakak sorang kesian juga staff kedai tu, benda boleh bincang sebenarnya. Tapi itulah orang kita,” kata Nur Zahra Mohd. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jiddin 25-4-2023 03:33 PM
Perempuan ni minta balik duit dia sbb taknak tunggu dah.
Patut mamak bg semula ja duit dia.
Senang.
Quote redz85 25-4-2023 03:50 PM
kenapa dia tak masak aje kat rumah kasi anak makan?
Quote nolya 25-4-2023 04:00 PM
Dah betul la 'hungry people are angry people'. Tapi kesian pompuan tu, dia tak ada sifat sabar dlm diriya. Kenapa dia tak pegi ke restoran McD ke, KFC ke, drp terjerit2 membanggakan diri.
Quote Samerosie 25-4-2023 04:03 PM
redz85 replied at 25-4-2023 03:50 PM
kenapa dia tak masak aje kat rumah kasi anak makan?

Mana boleh.  You tak kenal ke dia siapa?????

Neither do i.
Quote Samerosie 25-4-2023 04:05 PM
Makcik kalau anak2 dah lapar masak le pepe dulu kat rumah.  Roti dgn sardin pun sedap.  Time2 dah raya 3-4 mcm ni org pun akan makan luar sbab dah bosan sgn lemang ketupat rendang..mmg akan lambat.  Mcm semalam.pulak baru idup.

Quote Thunderclouds 25-4-2023 04:44 PM
Aku tapau ns kandaq taksat org beratoq cam ketapi.
P mekdi dr hari posa sampai dh raya org penuh smacam baik kt dlm & drivetru.
Dok kedarah mekdi betoi org kt umah aku ni.
OT sikit,3-4hr seblom raya hr tu order deli Domino's. Tggu punya tggu sampai masuk isyak xnampak byg lg pizza aku. Ank² pakat kebuloq alih² aku pulas stereng p sendri.
Punya la byk order delay yg order kol 5lebey pn lom dpt pizza lg.
Naya sungguh.
Sbb aku mai pickup & ckp elok² boleh la ayaq free sebotoi plus mushroom soup.
Quote tumpanglalu74 25-4-2023 04:55 PM
1 Mesia nak kenal akak sape..  Esok2 ade la orang hulur unifom oren tu..
Quote slyfynx 25-4-2023 04:59 PM
Bodo la.
Kene ke terpekik2 mcm ni?
Dah la tak cantik
Quote ultra78 25-4-2023 05:00 PM
Pelik. Bukan ke lepas dapat makanan baru bayar? Ini bukannya kfc atau pizza hut yang bayar dulu baru dapat makanan.
Quote matchstick 25-4-2023 05:04 PM
Anak ko lapar nk cepat ko masak la sendiri.. ni pemalas. Pegi kedai. Tunggu lama. Pastu ngamok anak ko lapar
Quote Skuau 25-4-2023 05:19 PM
redz85 replied at 25-4-2023 03:50 PM
kenapa dia tak masak aje kat rumah kasi anak makan?

Mungkin:
1.jarak rmh lg jauh drp kedai mkn tu.
2.kedai makan...semua 'barang' dh tersedia..tunggu pesan..dan masak...rmh..'semua benda tak sedia lg'
Pilihan:
-kita makan kt kedai jer le...nak.
                       KOT
Quote matbad 25-4-2023 05:30 PM
Thunderclouds: Aku tapau ns kandaq taksat org ...

rugi kn kalau baran..tak untung pn..untung kalau sabaq cakap elok2..bnda boleh settle kan bukannya nk tdq kat kdai tu kan..mmg bkn senang nk sabaq tp xrugi lgsg kalau sbaq pikiaq rasional kan..hihihi..taniah utk hg..contoh elok kat dpn anak2 tak mengamuk..selamat hari raya
Quote renko 25-4-2023 05:40 PM
jadi siapakah si babi ini?
ada sapa kenal da ke
Quote KamikuP 25-4-2023 05:41 PM
Dalam kes ni dua2 salah
Quote bottombikini 25-4-2023 06:26 PM
deme ni raya2 ni makan rendang tebuan ke
heran aku disana sini kes mengamuk
malu ke org le
Quote ekselen 25-4-2023 06:45 PM
Thunderclouds replied at 25-4-2023 04:44 PM
Aku tapau ns kandaq taksat org beratoq cam ketapi.
P mekdi dr hari posa sampai dh raya org penuh sma ...

Smlm (raya ke3) order pizza..lama gak tunggu pastu ada pizza yg x potong...mungkin terlepas pandang sbb byk order kot..tp iols ok je sbb pesanan semua cukup...
Quote hareeeesah 25-4-2023 07:05 PM
Ko sapa?? Xrupa ank vvvvvip mana² pn..
Quote Samerosie 25-4-2023 07:07 PM
bottombikini replied at 25-4-2023 06:26 PM
deme ni raya2 ni makan rendang tebuan ke
heran aku disana sini kes mengamuk
malu ke org le

Tapi perempuan yg mengamuk pakai helmet tu yenna kan sebab dia ckp tamil lepas tu.
Quote blue_blur 25-4-2023 07:32 PM
ultra78 replied at 25-4-2023 05:00 PM
Pelik. Bukan ke lepas dapat makanan baru bayar? Ini bukannya kfc atau pizza hut yang bayar dulu baru ...

baru nak cakap... mamak mana kena bayar dulu sebelum makanan sampai? pelita tu pun bayar lepas dah ambik nasi kandar sebelum duduk..

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.113869 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top