Sejak negara dilanda pandemik Covid-19 pada 2020, Izzue Islam sudah tidak menerima tawaran menyanyi "Lepas daripada PKP dua tahun lalu, rasanya saya tidak ada lagi menerima tawaran menyanyi. Mungkin juga ramai yang menganggap saya sekarang lebih banyak berlakon dan mengacara.
"Alhamdulillah, dapat jugalah saya bahagikan masa sebab dari mula PKP tahun 2020, memang tak ada persembahan menyanyi lebih kurang setahun," katanya kepada mStar. Izzue bagaimanapun memberitahu, selepas PKP dia mendapat peluang untuk menceburkan diri dalam bidang pengacaraan. Kata Izzue, dirinya semakin jatuh cinta dengan bidang tersebut dan memberikan fokus yang lebih untuk mempelajari perkara baharu.
|
ADVERTISEMENT