CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Dua Tahun Saharul Ridzuwan Tak Berlakon, Selesa Masuk Kerja 9 Pagi Balik 5 Petang

25-4-2023 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6135| Komen: 51

Dah dua tahun tak berlakon, punca wajah Saharul Ridzwan jarang muncul di televisyen.

Bukannya tiada tawaran berlakon drama mahupun telefilem sebaliknya dia mahu memberi fokus pada perniagaan Qaabila Skincare diusahakannya.


Foto: IG

"Saya masih meneruskan karier lakonan dan jika ada tawaran berlakon drama atau naskhah menarik, saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.

"Buat masa ini, saya sibuk untuk mengembangkan bisnes yang juga jaminan untuk masa depan saya dan keluarga.

"Saya juga sudah berasa selesa dengan rutin kerja sekarang yang bermula jam 9 pagi dan selesai jam 5 petang terus pulang ke rumah untuk bersama keluarga," katanya kepada Harian Metro.



Ditanya sama ada dia berasa tergugat dengan kehadiran ramai wajah baru yang muncul di TV ketika ini, Saharul mengakui dia sudah tidak mengikuti perkembangan industri hiburan sejak 2021.

"Pada pemerhatian saya, banyak yang sudah berubah dalam industri hiburan tanah air ketika ini.

"Apa yang saya nampak banyak garis panduan yang sudah dilanggar oleh pembikin filem ketika ini. Contohnya, penerbitan filem yang mempersendakan agama seperti Mentega Terbang yang mencetuskan kontroversi sebelum ini," katanya.



Mengulas mengenai filem Mentega Terbang lagi, kata Saharul, dia berasa bimbang dengan penerbitan filem sedemikian.

"Saya berasa bimbang kerana pengarah dan pelakon filem itu adalah bangsa Melayu dan beragama islam. "Jika pengarah dan pelakon itu faham mengenai ajaran agama islam, mereka tidak akan terbabit dalam filem yang mempersendakan agama seperti itu," katanya.




Tambah Saharul, sebagai selebriti dia juga berasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

"Saya juga menyalahkan diri sendiri kerana sebagai selebriti, saya sepatutnya menegakkan syiar agama islam di media sosial dan meneruskan usaha dakwah Rasulullah SAW kepada pengikut bagi menghalang pembikinan filem sedemikian," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 25-4-2023 03:05 PM
another penunggang agama
Quote KamikuP 25-4-2023 03:07 PM
Rengsanya tengok ada kamera pulak snap gambo bila anak beranak ni beribadah
Quote akuHavocczz 25-4-2023 03:14 PM
meratib je. Kalau betul nak tinggal kan dunia hibran tak yah nak meratib dah pasal dunia hiburan
Quote slyfynx 25-4-2023 03:16 PM
sembahyang pun kene letak kamera kan
Quote Pak.dolla 25-4-2023 03:25 PM
_kelly replied at 25-4-2023 07:05 AM
another penunggang agama

Mgr dia dan mgr jahkulop kan org yg sama...
Quote umbut 25-4-2023 03:48 PM
Sskjp... terpalinggggg lah ko. Nyah sana dari scomed
Quote gekkou 25-4-2023 04:13 PM
busuk je kelihatan
untung betul masuk kol 9 balik kol 5
aku masuk kol 9 balik kol 6 ha
Quote fadz84 25-4-2023 10:04 PM
Kan... Business sendiri blh la cmtu... Hehe
Quote krustykrab 25-4-2023 10:25 PM
Mati² aku ingatkn skrg ni dia keje kat kaunter pejabat gomen.
Quote Nozot 25-4-2023 10:34 PM
Sorang lagi penunggang..ko kalau dah berubah pun tak perlu la kot pakai macam tabligh..bukan luak pun iman ko pakai macam biasa. .kepam yang amat sekarang..Dulu iols terminat juga dia nie .tapi lama2 jadi asal boleh ja..adoila.
Quote Mulotkoyak 25-4-2023 10:53 PM
Zaman sekarang kalo dia alim dlm media sosial xtentu lg dia alim tnpa dpn camera. Kkdg solat pun tgal semata-mata takut followera lari dan mengejar likes. Xpercaya? Ko tgk je pompuan berpurdah sibuk bergambar memperaga pakaian muslimah. Tny dorg solat jg x? Kalo jg ok. Tp majlis ilmu pegi ke x? Ke pegi kalo ade artis undangan shj?
Quote Olumis 25-4-2023 11:05 PM
Kuatnya vibe penunggang heols...
Quote miznora 25-4-2023 11:12 PM
Mmg betul ke dia ni penunggang
Semua gambar baju pattern yang sama je
Quote ezacbee 25-4-2023 11:18 PM
Dahler tu xpayah jadi retis. Retis lain berhijrah xde pun merempan. Jalan lurus je xtoleh belakang. Ni kaki tunggang manjang merempan, hati bolak balik ke? Nak pilih dunia retis ke takkk..
Quote LadyCarefree 25-4-2023 11:50 PM
produk timbang kilo?
Quote Carcosa 26-4-2023 12:30 AM
Edited by Carcosa at 26-4-2023 12:33 AM

Screenshot_20230426_002615_Instagram.jpg
Screenshot_20230426_002914_Google.jpg

Takde maknanya, chuols. Harus Chinatown mari.
Bukan PP, mesti dia punya PS

Nih, meols gegeh SS and rotate Gambar dia
Harga in USD chuolllzzahhh. Matilanakkkk, zuhud sungguh
Quote cha-cha 26-4-2023 12:35 AM
Ew no.. ok bye. Berlakon pun kayu kayan
Quote fcl29 26-4-2023 01:27 AM
dah bnyk retis berhijrah ni.. apa kata kukuhkan lg channel alhijrah tu.. jadi la producer produce drama2 agama n ilmiah
Quote dudaberhias 26-4-2023 01:41 AM
elok lah tak berlakon sebab bukan herlok mana pun ko nyah... balik2 dapat watak laki bodoh dayus macam si syukri yahya tu je...
dah la dua2 tak hensem... mari lah kita beralih ke channel animal planet berjemaah.. lagi stim tengok dubuk mengejar rusa...

nak saing2 pelakon herlok dari korea, taiwan, thailand memang payah lah... sebabtu ramai beralih ke netflix... jepun pun sekarang nak yang herlok jah jadi pelakon....


Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.058632 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top