CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Isteri View Chin Bagi Amaran Kepada Orang Glamour " Jaga-Jaga Perangai Korang, Ada Duit Ada Penyondol"

25-4-2023 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 820| Komen: 5

Bekas isteri kepada influencer terkenal, View Chin, Shermine Hau Ah Moi memberi peringatan kepada usahawan dan ‘influencer’ popular supaya berwaspada dengan menjaga perangai dan sikap masing-masing.


Katanya, hal ini bagi mengelakkan ‘disondol’ individu yang mahukan mereka lebih-lebih lagi dalam keadaan ‘berduit’.

“Mungkin kebanyakan laki rasa ahmoi buat ‘viral’ macam ni memang gila betul. Tapi janganlah ‘challenge’ (cabar) satu ibu demi anak-anak dia.

“Usahawan dan ‘influencer’ (pempengaruh) yang ‘famous’ (terkenal) di luar sekarang, jaga-jaga perangai ‘korang’. Ada duit ada penyondol saja,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Foto: IG

Terdahulu, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan bekas suaminya di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsian Shermine, dia mendakwa View Chin curang dengan seorang pekerja dikenali sebagai Mira semasa dia dalam pantang.


Pada masa sama, wanita itu juga turut mendedahkan dia dikasari oleh suaminya semenjak perniagaan mereka tular di TikTok dan kerap membuat siaran langsung bagi mempromosikan produk mereka.

Sementara itu, Amirah Aqilah Firdaus atau lebih dikenali sebagai Mira mengakui hubungan cinta bersama View Chin hanya bermula setelah pasangan suami isteri itu berpisah.

Mira menerusi hantaran yang dimuat naik di Insta Story di akaun Instagramnya, turut memohon maaf secara terbuka kepada Shermine dan anak-anaknya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 25-4-2023 01:33 PM
betullah selepas mereka berpisah baru mereka bercinta, tetapi sebelum mereka berpisah ceritanya sedang menyondol



Quote blue_blur 25-4-2023 01:52 PM
kot ye pun saring2 lah calon penyondol2 tu... top notch quality/breed/class/etc sahaja dipertimbangkan... yinni semua dia sapu, cap ayam betul lah laki jenis tu..
Quote grouper 25-4-2023 02:00 PM
Nape asyik salahkan penyondol je..klau laki tu x layan x jadi apa..silap2 byk kes laki yg start dulu alih2 penyondol gak yg femes..
Quote mieyrasfea 26-4-2023 09:36 PM
Hati-hati semua, zaman sekarang ini kena pandai jaga diri

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.155544 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top