CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Kisah Dikecam- Lelaki Suka Pakai Baju Berenda-Renda, Nampak Puting Untuk Sambut Raya

25-4-2023 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6229| Komen: 105

Muhammad Faddrullah Ismail yang tular kerana tampil dengan fesyen Aidilfitri lain daripada yang lain.

"Nak kata apa terpulang kerana setiap individu ada hak bersuara dan setakat ini, keluarga okay malah abang serta kakak yang bantu tangkap gambar saya pada pagi raya" katanya kepada Harian Metro.


Pengurus bahagian khidmat pelanggan sebuah hotel terkemuka itu saban tahun berani menggayakan persalinan Aidilfitri yang luar biasa hingga tular.

Foto: IG

Dia tidak memakai baju Melayu biasa tetapi tampil dengan persalinan antaranya yang diperbuat daripada kain chiffon dan renda berwarna warni.

Berkongsi kisahnya, Muhammad Faddrullah berkata, pakaian digayakan itu dijahit khusus sempena Aidilfitri untuk kepuasan sendiri dan bukannya demi 'content' atau mahu tular di laman sosial.

Katanya, dia ada koleksi baju Melayu teluk belanga dan cekak musang tetapi lebih selesa menggayakannya pada acara formal, bukannya ketika Aidilfitri.



Foto: IG

"Saya tak suka pakai sesuatu yang sama dengan orang lain dan mahukan kelainan jadi jahit sendiri baju raya.

"Ikutkan, saya mula lakukannya (jahit baju raya sendiri) sejak 2013 lagi bermula dengan membuat lakaran kemudian baru menjahit.

"Kain sudah dibeli lebih awal namun kebiasaannya saya akan jahit pada saat akhir iaitu seminggu sebelum raya kerana perlu siapkan tempahan pelanggan dulu. Ini kerana saya masih ambil upah menjahit baju raya dan biasa dengan melakukannya secara sambilan bagi menambah pendapatan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Pemegang Diploma Seni Reka Fesyen dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, bilangan persalinan akan dihasilkan setiap kali Aidilfitri tidak menentu kerana bergantung jumlah cuti raya yang ada.

"Satu hari, satu pasang baju jadi jika lebih, lagi banyak persalinan akan dibuat.

"Tahun ini cuti hanya dua hari saja. Jadi saya hasilkan dua persalinan iaitu untuk raya pertama dan kedua dengan tema cetusan warna.

"Kos dibelanjakan bagi setiap persalinan bergantung kepada kain digunakan dan dianggarkan lebih RM2,000 untuk sepasang baju," katanya.


Foto: IG

Biarpun ada yang mengecam namun Muhammad Faddrullah selesa dengan apa digayakan setiap kali Aidilfitri.

Menurutnya, keluarganya juga tidak menghalang malah ternanti-nanti selain beri dorongan untuknya menghasilkan persalinan kreatif.

"Saya selesa kerana jahit untuk pakai sendiri dan tak kisah orang nak cakap apa kerana masing-masing ada pandangan tersendiri.

"Kebanyakannya memang mengeji, kata pakaian macam pondan tetapi ada juga memuji hasil kreativiti saya," katanya.

Selagi termampu dan ada ilham, Muhammad Faddrullah berkata, dia akan terus menghasilkan persalinan Aidilfitri dengan rekaan lebih unik.

"Belum ada perancangan untuk persalinan tahun depan tetapi rekaannya tentu lebih menarik berbanding kali ini.

"Tak rasa membazir atau buang masa pun sebaliknya saya puas dengan hasilnya kerana dalam setahun, cuma sekali saja dapat berkarya untuk diri sendiri manakala selebihnya jahit ikut permintaan pelanggan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 25-4-2023 12:03 PM
kurex ke ni
Quote Samerosie 25-4-2023 12:08 PM
bakingsoda replied at 25-4-2023 12:03 PM
kurex ke ni

Baru nak tanya yg sama...
Quote otai_g 25-4-2023 12:14 PM
Dr seberang ke? Org msia x buat bnd2 pelik ni
Quote exclusive_vvip 25-4-2023 12:18 PM
buruk pulak ‘lain drpd lain’ ko ni dik..puting tetek pun nampak..iols ada gak member yg jenis suka buat fesyen lain drpd org lain ni, tapi xde la huru hara gini..agaknya family ko harap duit ko utk support hidup diorg, tu psl diorg x berani kata apa..
Quote nolya 25-4-2023 12:28 PM
Hakikatnya orang ni unik, ada kelainan jiwa, fesyen pakaian pun diwariakan. Well......... dh begitu taste dia, nak buat mcmane ye dak? Fesyen yg sangat luar biasa,malah spektakular, tak pernah dibuat orang. Mungkin boleh introducekan istilah Ladyman fashion.
Quote krustykrab 25-4-2023 12:38 PM
otai_g replied at 25-4-2023 12:14 PM
Dr seberang ke? Org msia x buat bnd2 pelik ni

Maybe ada dna caprut..itu yg perangai pun caprut
Quote imransulaiman 25-4-2023 12:40 PM
Aku kagum sebenarnya. Sebab dia berani mati!
At least fashion dia ni takde lah macam jubah pelik suatu ketika dahulu tu.
Quote liyamariska 25-4-2023 01:38 PM
ai cuma senyum tgk mamat ni berani mati pakai cmni...
Quote shernazz 25-4-2023 01:43 PM
Roh apa yang tersekat dalam badan dia ni?
Giovanni Versace ke?
Quote zehra2 25-4-2023 01:48 PM
artis je yg boleh pakai mcm ni kalo naik stage
kalo tak jarang boleh je
Quote paz 25-4-2023 01:50 PM
Lain macam yer, family dia pun layankan aja.
Quote grouper 25-4-2023 01:55 PM
Family dah redho je tu...asal x kaco org buat le apa yg disuka
Quote plywood 25-4-2023 01:59 PM
                                                                                    
Quote Buritan 25-4-2023 02:02 PM
paz: Lain macam yer, family dia pun ...


Agaknya dah tak larat nak marah.. dah takdir JD pondan . Mcm sepupu aku pondan.. mcm mcm mak pak dia buat.. tapiiiii mcm tu laaa.. totapppp pondan.. ujung ujung terima ajelaa.. tp yg bagusnyaa dia bela maknya sampai abisss.. itu mulianyaa
Quote Buritan 25-4-2023 02:03 PM
plywood replied at 25-4-2023 01:59 PM

Sis mesti cantik pakai baju yg lastt sekali tuu
Quote KamikuP 25-4-2023 03:32 PM
Pandainya dia jahit baju raya dia sendiri wpon macam gampunk .. meolls kagum.. cuolls mampookah? Tak kan... ekekeke
Quote harkktuih 25-4-2023 03:43 PM
Toksah lah associate baju yg dia pakai tu as baju melayu.. Melayu x pakai baju gitu.. Kau spend 2k utk sepasang baju tetap juga nmpk murah dekkj
Quote ultra78 25-4-2023 03:45 PM
Dia ni ada something wrong ke?
Quote namr 25-4-2023 04:41 PM
kalo family aku buat gini aku diam2 cucuh api baju raya celaka tu..wat sakit mata ja

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.063595 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top