CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raysha Rizrose Masih Kekok Jadi Isteri, Tak Nak Terlalu Berkongsi Di Media Sosial Takut Kena Serang

25-4-2023 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 645| Komen: 5

Raysha Rizrose masih kekok memegang status sebagai seorang isteri walaupun dah kahwin sejak 22 Februari lalu.

Katanya iarpun dia dan suami sudah kenal sejak lebih 10 tahun lalu, namun kini banyak kelainan yang dilihat pada lelaki itu.


Foto: IG

“Sekarang ini apa sahaja nak buat kenalah fikirkan suami. Sepanjang bulan Ramadan lalu pun saya dah lalui pengalaman untuk sediakan makan sahur dan berbuka.

“Rasa pelik juga apabila hidup berdua sebab sudah biasa uruskan diri sendiri sahaja. Namun saya dapat melihat sesuatu yang berbeza dalam diri Nabil. Dia seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab,” katanya kepada mStar.



Dalam masa sama, Raysha seronok menjalani fasa baharu dalam rumah tangga dan percaya bahawa setiap tanggungjawab isteri terhadap suami adalah satu ibadah.

Pasangan ini juga belum merancang untuk pergi berbulan madu kerana masih sibuk dengan jadual kerja.

“Betullah kata orang berkahwin awal itu memang seronok. Saya sangat menghargai fasa baru kehidupan sekarang ini. Setiap apa yang dilakukan isteri di rumah adalah satu ibadah.

“Soal berbulan madu pula memang kami tidak rancang dalam masa terdekat. Kita pun masih dalam fasa awal 2023.

"Jadi saya fokus kepada kerja dahulu. Mungkin hujung tahun barulah kami rancang,” ujarnya.



Sementara itu, Raysha juga memberitahu suami sentiasa memberi nasihat supaya lebih berhati-hati apabila keluar rumah selepas kejadian yang menimpa abang iparnya iaitu pelakon Kamal Adli diserang oleh individu tidak dikenali di Singapura pada 12 Mac lalu.

Aktres ini juga enggan terlalu berkongsi soal peribadi di laman sosial kerana bimbang ada pihak lain berniat tidak baik terhadap dirinya.



“Sebelum ini saya dah biasa ke mana-mana sendiri, tetapi sekarang suami nasihatkan perlu ada teman. Selepas apa yang berlaku membuatkan kami lebih takut.

“Terlalu banyak kongsi di media sosial juga boleh mengundang bahaya. Jadi lebih baik jaga privasi sendiri,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 25-4-2023 11:17 AM
Pernah nampak depa kat zara kt OU.
Sama kecik kenot sama kurus sama putih.
Husband dia cam sulah dahi sikit nak ke botak head.
Quote likilu 25-4-2023 11:36 AM
Dari hari tu I Tanya ayah dia single ke tak
Quote krustykrab 25-4-2023 12:55 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 25-4-2023 11:17 AM
Pernah nampak depa kat zara kt OU.
Sama kecik kenot sama kurus sama putih.
Husband dia cam sulah dah ...

Eh ingatkn diorg ni tinggi².

Botak tengah pun takpe la asalkn poket tk botak. Lg pun kawin retis ni kna duit berkepok, baru leh melaram sentiasa.
Quote Lily_Elizabeth_ 25-4-2023 03:11 PM
krustykrab replied at 25-4-2023 12:55 PM
Eh ingatkn diorg ni tinggi².

Botak tengah pun takpe la asalkn poket tk botak. Lg pun kawin retis ...

Muka dua dua lawa lah.
Cuma size tu kecik. Ukur lilit pinggang cam 26 26  inchi cM tu.
Quote KamikuP 25-4-2023 05:15 PM
Meolls harap sangat harap sgt2 supaya Raysha berhenti berlakon dan jaga tok laki sbb memek muka masa ko berlakon sampai le ke gambo kawen sepesen je muka ko nokk... asyik berkerut jahhh.. ekekekeke

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.049994 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top