Raya Daiyan Trisha tahun ini lebih bermakna apabila dia bersama keluarga meraikan lebaran di kediaman mewah yang dibeli Ogos tahun lalu. Walaupun barang kelengkapan kediaman tersebut masih belum lengkap sepenuhnya namun mereka tetap gembira dapat meraikan Aidilfitri di rumah baharu.
"Raya kali ini saya teruja sebab dapat meraikan lebaran di rumah baru... walaupun belum lengkap sepenuhnya tapi ada ruang untuk beraya. "Keluarga memang teruja sebab kami dapat berkumpul satu keluarga di situ," katanya kepada mStar. Berkongsi sambutan hari raya tahun ini, Daiyan berkata, dia puas dapat menikmati nasi dagang air tangan ibunya dan ia hidangan wajib setiap kali Aidilfitri.
Mengakui tidak pandai memasak, Daiyan bagaimanapun banyak membantu ibunya di dapur bagi menyediakan bahan memasak menu tersebut sekali gus perlahan-lahan belajar resipi berkenaan. "Saya memang tak reti masak tapi nasi dagang hasil tangan ibu memang wajib. Ia kegemaran kami sekeluarga," katanya. Berkongsi pengalaman tidak boleh dilupakan, Daiyan berkata, berkongsi rezeki dengan memberi duit raya kepada sanak saudara adalah kenangan tidak boleh dilupakan.
Malah kata Daiyan, ketika kali pertama memberi duit raya dia berasa sebak apatah lagi ketika itu dia baru mula berkerja.
"Perasaan berkongsi rezeki hasil daripada titik peluh kita memang lain, saya sampai sebak dan itu pengalaman paling tidak boleh saya lupakan," katanya. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|