CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majlis Ulama Indonesia Siasat Kejadian Wanita Solat Sunat Aidilfitri Di Saf Lelaki

25-4-2023 07:52 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1642| Komen: 21|Original author: Tatod

Wanita solat bersama jemaah lelaki di sebuah masjid di Indonesia menjadi perbahasan Majlis Ulama Indonesia (MUI) selepas video rakaman solat sunat Aidilfitri tular baru-baru ini.

Malah dikatakan, imam terbabit seolah-olah mempunyai dua pengawal di kiri dan kanannya ketika solat dilangsungkan.



Menurut sekretariat MUI Jawa Barat, Rafani Achyar, amalan yang dilaksanakan di Masjid Al Zaytun Indramayu itu tersimpang jauh daripada ajaran Rasulullah S.A.W.

Jelasnya, wanita harus menunaikan solat di belakang jemaah lelaki bukan bermaksud golongan itu tidak dimuliakan sebaliknya bagi mengelakkan pelbagai masalah lain seperti gangguan konsentrasi.

"Solat adalah saat manusia menghadap Allah sehingga tidak ada lagi rasa ingin dikawal atau dilebihkan," ujarnya.

Selain itu, Rafani turut menegur tentang jarak antara jemaah serta pemakaian kot oleh para jemaah.



Ia berikutan tidak semua individu mampu untuk memakainya.

Tambahnya, MUI Jabar akan melakukan kajian dan mengumpulkan maklumat serta bekerjasama dengan pasukan polis bagi mengetahui lebih lanjut tentang isu berkenaan. 


Sumber: mStar, OKEZONE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 25-4-2023 07:53 AM
Ni nak solat ke nak beratur kat perhimpunan?
Quote ultra78 25-4-2023 08:51 AM
Skrg tahun 2023. Masih solat berjarak lagi. Kenapa ada sorang perempuan tersesat kat situ. Tak ada orang menegur ke. Imam pun buat bodo aje ke
Quote cmf_almondpecan 25-4-2023 09:08 AM
Mula2 ingatkan saf perempuan bersebelahan lelaki tapi takde tirai tapi gambar kedua tu memang orang yg kelihatan macam perempuan tu berada di hadapan. Terfikir pula mungkin beliau lelaki.
Quote Firenzza 25-4-2023 09:25 AM
Pompuan tu mcm cantumkan jari jer x gengam atas lengan kiri.....bdw knp solat jarak2 pastu pakai baju mcm nk masuk opis? Indon xde baju tradisional sambut raya ke?
Quote sayurmayur88 25-4-2023 10:22 AM
tak heran kalau negara jiran indon ni. mmg pelik2 dh sebati dengan diorang
Quote sekngucing 25-4-2023 10:44 AM
Firenzza replied at 25-4-2023 09:25 AM
Pompuan tu mcm cantumkan jari jer x gengam atas lengan kiri.....bdw knp solat jarak2 pastu pakai baj ...

baju tradisi kebaya indon tu pakaian harian sana
takkan nak pakai tu sbg beraya..kenalah pakai pakaian jenis lain
Quote rospinki 25-4-2023 10:50 AM
Ni yg lqin ada satu lagi vid diorg solat raya bercsmpo2 laki pompuan. Aduyai indon makin mengarut. Sebab tu aku xmakan org indon masak tahapa2 benda dia campo dlm tu. Eh dulu pin aku duka makan bakso..hahahaha. dh xmakan dah la ni.
Quote epysha 25-4-2023 11:34 AM
makcik tu ganti org yg dudok tu solat agaknye
Quote Firenzza 25-4-2023 12:57 PM
rospinki replied at 25-4-2023 10:50 AM
Ni yg lqin ada satu lagi vid diorg solat raya bercsmpo2 laki pompuan. Aduyai indon makin mengarut. S ...

Indon ni byk ajaran songsang, ilmu hitam pun dh jd makanan harian diorg
Quote DARSITA 25-4-2023 01:03 PM

PAtutlah gempa bumi ...
Quote Samerosie 25-4-2023 01:04 PM
Bersangka baik mungkin dilahirkan sebagai male so bila solat kena la saf lelaki walaupun luaran cam perempuan.  Gitu i husnozon.
Quote sharlenetexas 25-4-2023 01:18 PM
Ingatkan kakpeng.


Quote sharlenetexas 25-4-2023 01:19 PM
sekngucing replied at 25-4-2023 10:44 AM
baju tradisi kebaya indon tu pakaian harian sana
takkan nak pakai tu sbg beraya..kenalah pakai pak ...

Baju tradisi lelaki indonesia. Tak pakai ke?

Quote straycat 25-4-2023 02:39 PM
Achik tu tolong solat bagi pihak lelaki yang duduk atas kerusi sebelah dia tu
Quote riyadhK 25-4-2023 07:15 PM
Heshe ni laki Tok imam kot. Kalau tengok Sejadah dia warna lain daripada orang lain tapi pelapik Sejadah dia sama dengan pelapik Sejadah Tok imam.

Depa rasa darjat dia lagi tinggi kot so Sejadah dia pon lebih ke depan banding dengan lelaki lain dalam saf yang sama.
Quote nakkomenjugak 25-4-2023 07:59 PM
Sejenis sajat maybe?
Quote PULANGKAN 25-4-2023 08:09 PM
aneh betul saf tu
Quote nuryakmal 25-4-2023 08:59 PM
Pelik2 indon nih.
Quote Jitu 25-4-2023 09:19 PM
mcm ajaran sesat je ni

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.043270 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top