CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laku Kelucahan Melampau Terhadap Bayi, Polis Cari Nenobota Marisa

24-4-2023 11:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1132| Komen: 9|Original author: Tatod

Polis sedang mengesan wanita warga Indonesia yang melakukan kelucahan melampau terhadap bayi sehingga video berkenaan tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, video tindakan wanita terbabit tular sebelum pihaknya menerima laporan polis dari bekas majikannya pada Khamis lalu.


"Siasatan mendapati video berkenaan dirakam tahun lalu dan mula tular di media sosial pada April tahun ini.

Gambar hiasan.

"Hasil siasatan juga mendapati wanita dalam video berkenaan adalah bekas pembantu rumah dan sudah pulang ke negara asal tahun lalu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek pernah bekerja dengan majikannya itu selama setahun setengah dan tidak dilanjutkan kontrak kerana mempunyai masalah disiplin.

"Polis kini sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan. Hasil pemeriksaan lanjut ke atas pasport milik suspek mendapati rekod menunjukkan wanita itu sudah keluar dari negara ini sejak 27 September 2020.

"Suspek dikenali sebagai Nenobota Marisa dan berasal dari Indonesia. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor M Megenderan di talian 03-79662222 atau 017-3356810," katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 25-4-2023 01:07 AM
Nenobota...entah kenapa asyik terbaca Nobita...
Quote lolen 25-4-2023 01:17 AM
Kelucahan melampau yg mcm mana tu?
Quote nakkomenjugak 25-4-2023 08:03 PM
Ehhhh banyak bebeno persoalan iol ni
Quote clarizsa 25-4-2023 08:19 PM
Mana bideonyaaaaa
Baby boy ke girl ???
Apa yg betina pedo sial tu buat kat baby tu
Quote kakikuDibibirmu 25-4-2023 08:32 PM
orangbiasaje replied at 25-4-2023 01:07 AM
Nenobota...entah kenapa asyik terbaca Nobita...

Jepun negara maju sebab amalkan tidur petang, kalu tak percaya tanya Nobita
Quote nw111 25-4-2023 08:33 PM
lolen replied at 25-4-2023 01:17 AM
Kelucahan melampau yg mcm mana tu?

Smlm i ada nmpk satu page cina share..tak tau la yg ni ke bukan...dlm pic tu nampak pompuan ni mengangkang tayang tuttt dia...and dia letak baby tu mengadap tutt dia...camtu lah...iols tgk sekali lalu je..pic pun dah kena blur...if x blur pun iols x lalu nk tgk..
Quote Tinot7 25-4-2023 08:34 PM
Kalau dah pulang ke negara asal, camne nak jejak?
Quote Skuau 25-4-2023 08:41 PM
Edited by Skuau at 25-4-2023 10:00 PM

budak tu:..nampak comel...jer...nampak cantik...jer.
warga asing: nampak bodoh jer ini Malezia...nampak boleh kasi bodoh jer sini Malezia worang...
Quote lolen 27-4-2023 11:18 PM
nw111 replied at 25-4-2023 08:33 PM
Smlm i ada nmpk satu page cina share..tak tau la yg ni ke bukan...dlm pic tu nampak pompuan ni men ...

Hahahaa fetish ngan baby ke..kalo jantan suka budak panggil pedo kalo perempuan suka budak pon panggil pedo jugak me

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.092211 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top