Empat individu didapati tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di Plaza Tol Bentong, petang tadi. Menerusi Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), kejadian yang berlaku pukul 2.40 petang itu melibatkan seorang lelaki, seorang wanita dan dua orang kanak-kanak.
“Kejadian berlaku di Plaza Tol Bentong (arah ke Kuala Lumpur) dan punca kejadian masih dalam siasatan. Petugas JSPT yang berada di lokasi turut hadir membantu. “Kesemua mangsa yang pengsan dibawa ke Hospital Bentong dengan menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut. “JSPT bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa sekeluarga dan berdoa semoga kesemua mangsa diberi kesembuhan seperti sedia kala,” katanya. JSPT turut menasihati orang ramai agar memastikan kenderaan dalam baik dan mengambil rehat secukupnya sebelum memandu ekoran cuaca panas terik dan hujan yang tidak menentu.
Sumber: KOSMO! ONLINE.
|
scorpionkiki replied at 24-4-2023 08:47 PM
Alhamdullillah driver stop dekat inbetween toll booth, sbb tu petugas pi check. Kslau dekat r&r tent ...
VespaSilbe replied at 24-4-2023 10:39 PM
Tadi weather is clear cecah 41darjah selsius.. panaih bak hang
Lagubestbest replied at 24-4-2023 10:46 PM
i pun sedang demam ni. siang je demam. beberapa hari dah.
she replied at 24-4-2023 10:57 PM
Sama lahhh
Macik g klinik
Doc tulis kat surat MC ‘viral fever’
Lagubestbest replied at 24-4-2023 11:04 PM
uish siyes ar? taraf2 denggi herpes aids tu. ape ubat special doc bagi? antibiotik? ni dok telan pa ...
she replied at 24-4-2023 10:57 PM
Sama lahhh
Macik g klinik
Doc tulis kat surat MC ‘viral fever’
she replied at 24-4-2023 10:57 PM
Sama lahhh
Macik g klinik
Doc tulis kat surat MC ‘viral fever’
Lagubestbest replied at 24-4-2023 11:04 PM
uish siyes ar? taraf2 denggi herpes aids tu. ape ubat special doc bagi? antibiotik? ni dok telan pa ...
ADVERTISEMENT