CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sufian Suhaimi Simpan Impian Bergelar Pendidik

24-4-2023 06:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 403| Komen: 1|Original author: Tatod

Penyanyi Sufian Suhaimi, 30, masih memasang impian untuk menceburi bidang akademik dan bercita-cita menjadi pensyarah suatu hari nanti.

Sufian yang memiliki Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yakin kemungkinan besar dia akan capai impian itu.


"Sebenarnya cita-cita jadi pensyarah adalah impian asal sebelum masuk dalam bidang nyanyian. Sebab itulah saya sambung ijazah sarjana di UiTM.


"Tapi, waktu sambung ijazah sarjana, dapat tawaran untuk keluarkan lagu. Alhamdulillah, lagu pun disambut baik. Cita-cita itu taklah macam tak jadi, masih ada angan-angan untuk menjadi pensyarah.

"Mungkin bukan dalam masa terdekat. Insya Allah kalau sudah lama dalam industri, masuk dalam bidang akademik juga tak mustahil. Ada kemungkinan akan berlaku," katanya.

Sufian juga sudah ada sasaran bidang atau subjek apa yang ingin diajarnya apabila bergelar pensyarah nanti.


"Sebelum ini saya pernah mengajar di sekolah menengah kebangsaan, politeknik. Kalau jadi lepas ini, mungkin subjek-subjek komunikasilah," katanya.

Penyanyi lagu Terakhir itu juga tidak menafikan kesibukan karier seni membantutkan seketika impian untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD).


"Kalau ikutkan sebaik tamat ijazah sarjana, memang ada cita-cita dan keinginanlah nak sambung PhD. Sebab waktu baru habis belajar, semangat nak belajar masih membara dan berkobar.

"Tapi disebabkan habis belajar sudah dua tiga tahun, 'drive' itu sudah tak sama memandangkan saya pun sudah sibuk dengan hal lain juga. Selain muzik, ada berlakon sedikit, ada perniagaan juga," katanya.

Sufian bagaimanapun enggan tamak dan ingin lakukan satu persatu agendanya dengan bersungguh-sungguh.

"Perancangan untuk sambung PhD itu sudah bukan jadi keutamaan. Tak menolak, ada juga tawaran-tawaran untuk tajaan PhD, cuma saya takut apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

"Jadi, lebih baik bagi fokus satu persatu apa yang saya tengah buat," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 24-4-2023 06:47 PM
eh, muda lagi heols rupanya

sebelum ni Iols ingat dek pian ni udah 34 ke something
elok tu dek pian, muda2 sambung belajar sampai habis. amik PhD bagai

alang2 tu, pegi kampus, cari calon-calon bini sekali

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051726 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top