CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Lelaki Berlumba, Menunggang Secara Berbahaya Ditahan Polis

24-4-2023 06:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 300| Komen: 3|Original author: Tatod

Enam lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya termasuk membuat aksi 'wheelie' dan 'zig'zag' ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di sini, pagi hari ini.

Kesemua penunggang berusia antara 20 hingga 34 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini antara 1.30 pagi hingga 3 pagi.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, mereka itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota yang melakukan penugasan sempena Op Samseng Jalanan di sekitar kawasan pentadbiran daerah ini.

Beliau berkata, operasi pertama di Kilometer (KM) 2 Jalan Kuala Berang-Ajil membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 20 tahun selepas dia dikesan melakukan aksi wheelie sejauh 50 meter pada 1.30 pagi.

"Dalam operasi kedua pada 2.35 pagi di KM 1 Jalan Kuala Berang-Ajil, kita menahan dua lagi penunggang motosikal masing-masing berusia 20 tahun yang sedang berlumba sesama sendiri sambil menundukkan kepala dan menunggang secara zig-zag sejauh 300 meter.

"Kita kemudiannya menahan tiga lagi penunggang motosikal berusia antara 31 hingga 34 tahun di KM1 Jalan Kuala Berang-Ajil dekat KB Walk selepas dikesan menunggang motosikal secara berbahaya dengan berlumba sesama sendiri dengan menundukkan kepala dan aksi zig- zag sejauh 300 meter," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Hasmerra berkata, kesemua yang ditahan itu kemudiannya dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, sebanyak 46 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan dengan 11 motosikal disita.


"Operasi berkenaan dilakukan susulan aduan orang ramai mengenai kehadiran kumpulan motosikal yang dikesan menunggang secara merbahaya dan berlumba di kawasan berkenaan.

"Kita memandang serius isu rempit ini dan operasi secara berterusan akan dijalankan bagi mengekang kegiatan tidak sihat ini yang bukan hanya berisiko kepada mereka sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 24-4-2023 06:39 PM
Motor2 cabuk ni boleh letak kat karung guni..

Quote meya 24-4-2023 07:56 PM
Tangkap dan masuk lokap barang seminggu dua minggu.  Menyusahkan hidup orang lain.  Nanti mati orang yang berguna untuk masyarakat dan negara akibat perangai bodoh.  Masa kecik tak nak mampus dah besar nak aniaya hidup orang lain pulak.
Quote meya 24-4-2023 07:57 PM
Mana-mana yang kena tangkap ni ajar buat khidmat masyarakat dari jadi sampah masyarakat.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.072694 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top