CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laporan Dakwa Cuba Guling Kerajaan Keji, Patut Dikecam - MCA

24-4-2023 06:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 434| Komen: 8|Original author: Tatod

Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menempelak laporan media yang menyatakan ahli Parlimen MCA antara 10 ahli parlimen terbabit dalam komplot mengguling kerajaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, laporan media itu berdasarkan sumber maklumat yang tidak berasas dan tidak disertakan bukti yang kukuh.


"Selaku Presiden MCA saya memandang berat perkara ini, media sepatutnya mendapatkan maklumat yang sudah disemak.


"Kita sendiri tidak tahu mengenai usaha dan percubaan ini (menggulingkan kerajaan) dan macam mana nama kami, saya dan Datuk Seri Wee Jack Seng ditulis dalam laporan itu.

"Saya menganggap laporan itu satu perbuatan yang keji dan patut dikecam. Laporan ini mengarut dan tidak berasas dan kami tidak terlibat dan tidak tahu menahu mengenainya," katanya dalam satu video yang disiarkan di media sosial rasmi beliau.

Satu laporan media mendakwa 10 Ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Tan Sri Muhyiddin dilantik Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), terbabit dalam komplot mengguling kerajaan dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi membolehkan diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).


Laporan itu menyenaraikan Ka Siong dan Jack Seng selain Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ahli Parlimen Tapah , Datuk Seri M Saravanan.

Ka Siong berkata, mana-mana media boleh menulis berdasarkan khabar angin, namun ia perlu mempunyai asas yang kukuh dan bukti.

"Sebuah portal berita menyiarkan laporan yang bersandarkan kepada 'sumber maklumat tanpa nama' dilihat cuba mengarang berita kononnya ada gerakan untuk menggugat kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sesiapa saja boleh menulis mengikut cita rasa masing-masing berpandukan khabar angin.

"Namun bagi saya sendiri sebagai Presiden MCA dan parti saya, kami tidak tahu tentang percubaan menggulingkan kerajaan seperti mana yang dilaporkan," katanya.

Beliau menegaskan tidak akan sama sekali akan menyokong langkah sedemikian yang memerlukan mana-mana ahli parlimen yang dipilih untuk 'mengorbankan' kerusi mereka untuk memaksa pilihan raya kecil diadakan.

"Di mana logiknya, kami tidak akan sokong dan keutamaan sekarang ialah menyokong dasar dan strategi ke arah pemulihan ekonomi negara melalui kestabilan politik mengikut kehendak rakyat pada PRU-15," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Castrz 24-4-2023 06:42 PM
A commitment of appreciation is all together for the association, keep on sharing such an information. myBayCare
Quote Highflyer19 24-4-2023 10:52 PM
Edited by Highflyer19 at 24-4-2023 10:59 PM

Kalau takdak angin...
Quote kemaruk 24-4-2023 10:59 PM
Jangan la

PMX dah plan nak buat jelajah raya
Quote DARSITA 25-4-2023 05:59 AM


Adakah ini mainan si sepuloh sbb tak dpt tunjuk bukti kesalahan Tun?
Quote adizero11 26-4-2023 08:17 AM
Modal utk PRN
Quote alesandra 26-4-2023 08:35 AM
danngggggg aku harap2 sgt apek wee ka siong ni antara yg lpskan kerusi.
Quote alesandra 26-4-2023 08:37 AM
kemaruk replied at 24-4-2023 10:59 PM
Jangan la

PMX dah plan nak buat jelajah raya

semudah itu je nak lompat? nak lompat skrg ...kena buat prk nyah.tak belajar ke apa jadi kat jemin,mak lampir yg dah melingkup tu
Quote alesandra 26-4-2023 08:40 AM
DARSITA replied at 25-4-2023 05:59 AM
Adakah ini mainan si sepuloh sbb tak dpt tunjuk bukti kesalahan Tun?

takde yg bahlol dlm dunia yg nak sabotaj kerajaan sendiri semasa dia menjadi pm melainkan atok saka ilang deposit.newayy....bila  file nak saman???hari selasa?? thn bila tu gamaknya....?


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.047808 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top