CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aiman Tino Nikah Khamis Ini

24-4-2023 05:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2120| Komen: 17|Original author: Tatod

Bapa kepada penyanyi Aiman Tino, Yusri Ishak mengesahkan majlis akad nikah anaknya dengan bakal isteri, Syarah Haifa, berlangsung Khamis ini.

Yusri ketika dihubungi berkata, majlis itu akan diuruskan sepenuhnya oleh penaja yang juga pengendali acara.


"Majlis akad nikah akan berlangsung selepas solat Asar kira-kira jam 5.30 petang di Segambut. Semuanya diuruskan oleh pihak penaja.


"Aiman kata, keluarga datang sahaja nanti dan menikmati majlis hari bahagia ini," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai persediaan anaknya, Yusri yakin, ia adalah keputusan terbaik dibuat oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu untuk kehidupannya.

"Kalau rasa teruja itu, mungkin ada, tapi dah biasa sebab ini adalah menantu ketiga dalam keluarga. Sebagai ibu bapa, apa yang penting adalah, dia suka jodohnya.

"Pokok pangkal adalah dia sendiri. Kalau umur dia 23 tahun pun, dan dia rasa dah bersedia untuk berumah tangga, teruskan. Kalau umur dia dah 27 tahun pun, tapi belum bersedia, tak jadi juga.


"Saya yakin, Aiman sendiri pun tahu mengenai komitmen barunya ini dan mungkin sudah tiba masanya untuk ada orang jaga makan minum serta pakaiannya. Dia pun inginkan teman hidup." katanya.

Selain majlis akad nikah, Yusri turut memaklumkan majlis resepsi pula akan berlangsung di Shah Alam pada 6 Mei ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai penyanyi berusia 25 itu yang mendedahkan akan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Syarah Haifa pada tahun ini selepas menghantar rombongan merisik Januari lalu.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CurangLagi 24-4-2023 06:28 PM
Okay.. Tahniah
Quote ninnakarinna 24-4-2023 06:28 PM
Acik, salah konsep ni. Dek man ni yg kena jaga makan minum pakai isteri dan bakal anak2 nanti. Ikut islam, cik. Jgn ikut melayu.
Quote ezacbee 24-4-2023 06:44 PM
ninnakarinna replied at 24-4-2023 06:28 PM
Acik, salah konsep ni. Dek man ni yg kena jaga makan minum pakai isteri dan bakal anak2 nanti. Ikut  ...

Kebanyakan orang kita ikut cara melayu. Suami umpama raja. Semua keperluan isteri sediakan.

Aduh terbayang badan kering aiman. Eh macam mata piano.
Quote PULANGKAN 24-4-2023 06:54 PM
tahniah deknon

sapa penaja tu eh
Quote Kurex 24-4-2023 06:56 PM
Tahniah... Jangan bini tu perangai celaka kebudak-budakan macam bini akem roslee
Quote sleepandream 24-4-2023 07:05 PM
aiman ni babyface sunggoh... besok dah 40an pun mesti mcm bbnu jugak
Quote Rotipitadaging 24-4-2023 10:45 PM
Untungla bini dia....besar kan????ke tak???hahahhahhaa
Quote beatgirlX 24-4-2023 10:58 PM
Alhamdulillah.. Tahniah
Quote ashilalat 24-4-2023 11:00 PM
Teringat bideo dek manno dlu

Nasib la ko comel dek..sejuk mata memandang. Nasib x bengkok cam sorang lg bbnu dah 29 tu.
Quote awenda507 24-4-2023 11:56 PM
Tahniah. Selamat pengantin baru
Quote orangbiasaje 25-4-2023 01:09 AM
sleepandream: aiman ni babyface sunggoh... b ...


Teringat bell ngasri. Dah berusia pun masih nmpk cm remaja.
Quote KamikuP 25-4-2023 02:22 PM
Alhamdulillah dan tahniah. Idok le asyik menyambei sorang2 kat bilik... ekekekek
Quote Imkhai 25-4-2023 02:59 PM
ezacbee replied at 24-4-2023 06:44 PM
Kebanyakan orang kita ikut cara melayu. Suami umpama raja. Semua keperluan isteri sediakan.

Aduh  ...

Body je kering brg bwh tu nala kooo comfirm senak bakal isteri mlm pertama
Quote giyomi 26-4-2023 06:04 PM
Imkhai replied at 25-4-2023 02:59 PM
Body je kering brg bwh tu nala kooo comfirm senak bakal isteri mlm pertama

iyeker uols, tp akak tgk cam kecik jew
Quote MikeSin 26-4-2023 06:08 PM
Imkhai replied at 25-4-2023 02:59 PM
Body je kering brg bwh tu nala kooo comfirm senak bakal isteri mlm pertama

kannn
xmalu sangat walaupun beterbangan
compare dengan yang lain
Quote telracs 26-4-2023 06:10 PM
Macam budak² je na kawen...
Semoga berjaya melayari kehidupan berumahtangga, tak nak la pas ni ada masalah sondolan laaa... itu laaa... ini laaa...
Penat tau acik baca kisah² macam ni...
Quote Rogue98 26-4-2023 06:21 PM
Buat lah checklist....Nafkah sebulan, ada rumah sendiri, kerja2 rumah,..etc
Ilmu agama cukup ke....tau mengaji, jadi imam...hal anak2
Buat lah perjanjian siap2....
Jgn jadi mcm Samdol tu....dah anak dua pun tanggungjawab ke laut...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.071003 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top