Mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom, pelakon dan pengacara Elly Mazlein berongsi keterujaan menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung mentuanya yang terletak di Kelantan sehingga raya kelima sebelum pulang ke kampung halamannya di Perak.
"Tahun ini, saya dan keluarga balik kampung belah suami di Kelantan. Ikutkan memang setiap tahun kami akan beraya di sana dulu. Sebabkan ada anak kecil, jadi kami balik naik kapal terbang. "Insya-Allah kami akan beraya dekat sehingga raya kelima. Lepas itu, balik ke Kuala Lumpur untuk sambung perjalanan pulang ke kampung di Perak pula," katanya Elly. Kongsi Elly lagi, dia seronok dapat meraikan Aidilfitri dengan suasana kampung dan tak sabar untuk masak rendang istimewanya sebagai juadah raya. "Beraya di kampung ini seronok sebab suasana dia. Lepas itu ada rewang masak beramai-ramai lagi. Tahun lepas sebab raya mengejut, saya tak sempat masak… keluarga yang masak.
"Jadi, tahun ini saya balik awal ke kampung bagi mengelakkan sebarang masalah dan sebagainya. Saya masak rendang Kak Lina yang istimewa. "Lebih menarik, peminat tidak meminta bergambar kerana memberi ruang buat saya dan keluarga beraya dulu," katanya. Untuk rekod, Elly mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Haider Mateen yang lahir pada Oktober 2021. Hasil perkahwinan terdahulu, Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia enam tahun. Sumber: Harian Metro
|
"Insya-Allah kami akan beraya dekat sehingga raya kelima. Lepas itu, balik ke Kuala Lumpur untuk sambung perjalanan pulang ke kampung di Perak pula," katanya Elly.
matjerk replied at 24-4-2023 07:27 PM
Cuma aku nak cakap... inilah gambar raya retis paling sempoi... saruk je selipar mana yg dan... haaa ...
likilu replied at 24-4-2023 08:51 PM
Raya kampung people tru n tru, mmg tak keluar kasut raya time raya kat kampung haha
VespaSilbe replied at 24-4-2023 08:57 PM
Salute la cikpompom tutup muka budak2 tu.. biarlah depa hidup normal jah..
matjerk replied at 24-4-2023 09:25 PM
Baru tgk kat ig dia... tp sekolah anak dia.. dia x tutup pulak... ye lah kan sekolah internasional ...
VespaSilbe replied at 24-4-2023 10:09 PM
Wow wow.. tapi pompom kayos la.. tgk brg kemas sheols up to date..
ADVERTISEMENT