Haqiem Rusli enggan mengulas mengenai tindakan isterinya memadam gambar mereka berdua di Instagram. “Maaf, untuk soalan itu saya tak boleh jawab," katanya. Spekulasi ramai lebih rancak apabila Wan Anis Sofea Wan Zamzuri hanya meninggalkan beberapa foto memperlihatkan dirinya tidak lagi berhijab penuh. Secara tidak langsung, perkara tersebut seolah-olah sengaja mahu memberikan mesej atas tindakan dilakukannya (buka hijab) sebelum ini. Sementara itu, seakan enggan memberikan sebarang jawapan selain enggan mencetuskan salah faham, penyanyi Tergantung Sepi itu hanya mengharapkan doa daripada orang ramai. “Saya minta doa yang baik-baik sahaja,” katanya membalas lagi persoalan diajukan Kosmo! Online menerusi aplikasi WhatsApp hari ini. Ditanya mengenai sambutan hari raya bersama isteri tercinta, katanya mereka meraikan Syawal di ibu negara sahaja.
“Hari Raya ini, saya dan isteri menyambutnya bersama-sama di Hulu Langat,” katanya lagi. Menerusi tinjauan dalam Instagram isterinya yang berusia 21 tahun itu, Anis meraih perhatian apabila memuat naik gambar hitam putih bersama Haqiem yang turut memaparkan rambut panjangnya yang cantik beralun. Terdahulu pasangan sejoli itu disatukan sebagai suami isteri pada 19 November 2021 selepas dua tahun mengenali hati budi. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
LadyCarefree replied at 24-4-2023 04:39 PM
Minta doa orangramai buat apa? Time ko hina pompan xpakai tudung kemain lagi. Siap pergelangan tanga ...
ADVERTISEMENT