CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ryan Bakery Nasihat Isteri Jangan Terasa Hati Kalau Orang Tanya Soal Anak

23-4-2023 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1551| Komen: 16

Sama seperti kebanyakan pasangan lain, personaliti media sosial Ryan Bakery sedar dia pasti tidak terkecuali daripada ditanya soal anak ketika berkunjung ke rumah sanak saudara.

Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, bersedia menerima soal tersebut malah sering mengingatkan isterinya Elyia Ibrahim, 24, agar tidak berasa tertekan.


"Siapa tak mahu cahaya mata. Kita berusaha tapi belum ada rezeki lagi. Mohon doa semua untuk saya dan isteri segera dikurniakan cahaya mata.


IG

"Saya okey sahaja kalau ada bertanya... ada orang lain yang sudah lama berkahwin pun tapi masih belum ada rezeki.

"Saya sering nasihat isteri agar tidak tertekan atau berkecil hati jika ada orang bertanya tentang perkara itu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ryan juga sudah bersedia diserbu peminat yang mahu bertandang ke rumahnya berhari raya apatah lagi popularitinya sedang melonjak ketika ini.


Kata Ryan, persediaan awal juga sudah dibuat memandangkan pernah merasai pengalaman serupa pada sambutan Syawal tahun lalu.

"Tahun lepas pun dah kena serbu. Tak perlu dijemput ada sahaja yang datang untuk berjumpa saya. Memanglah mereka tidak duduk lama di rumah, tetapi datang beramai-ramai dalam satu masa.

“Soal rumah terbuka pula masih belum difikirkan lagi sebab sekarang saya tinggal di rumah ibu bapa. Agak jauh juga dengan Kuala Lumpur kalau nak ajak orang datang open house,” jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ciktiekus 23-4-2023 02:03 PM
Mintak maap byk2..xtau knp memyampah sgt tgk die ni
Quote I.K.A888990 23-4-2023 02:28 PM
sumbat je mulut acik2 tu dgn kuih raya
diam la dorang nnt
Quote mata_kucing 23-4-2023 03:20 PM
Org melayu yg close minded mmg xde soalan lain nk ditanya
Quote Samerosie 23-4-2023 03:22 PM
Bukan baru kawin ke?  Biarlah derang enjoy berdua dulu.  
Quote shida81 23-4-2023 05:34 PM
Ak dulu bila org tny ckp je x de rezeki... Mls nk marah2... Jawab je la...
Quote tsui87 24-4-2023 01:21 PM
baru kawen belum sampai setahun je pun,xyah nak over lah kepam
Quote Joysparta 25-4-2023 01:42 AM
Sampah.la ko .br kawen kot..content je tu.
Quote Nurkaseh01 25-4-2023 02:22 AM
Kawen pun x sampai setahun lagu
Quote SamFazli46 25-4-2023 04:40 AM
Ciktiekus replied at 23-4-2023 02:03 PM
Mintak maap byk2..xtau knp memyampah sgt tgk die ni

U ni pun. Selagi dia tak buat hal, jangan bagitahu menyampah????????
Quote ezacbee 25-4-2023 05:28 AM
Dah xde cite terpaksa la cite pasal ni.. Nak tanya perkembangan terbaru takde lagi kot. Member dia dah jadi pelakon. Walaupun drama bangang.
Quote krustykrab 25-4-2023 07:30 AM
Samerosie replied at 23-4-2023 03:22 PM
Bukan baru kawin ke?  Biarlah derang enjoy berdua dulu.

Org melayu ni hari ni kawin esok dh kna mengandung dah. Kalau idak, di soal mcm malaikat tanya.
Quote darkness 25-4-2023 10:06 AM
Persoalannya, retis ke dua org nih??
Quote September14 25-4-2023 10:24 AM
Aku pun nyampah tgk dia ni dgn geng2 dia.. klu tgk content diorg kuar trus aku blok.. yg suka sgt duk share2 tu pun aku blok
Quote renko 25-4-2023 12:29 PM
si kelindan lori ni ingat dia sapa
popular sangat ke
Quote CikNano 25-4-2023 12:34 PM
Maaf ler nak ckp, org lelaki ni kurang terkesan bila org bertanya psl anak...yg terkesannya org ppuan biarpun org ppuan xde masalah nak mgandung
Quote KamikuP 25-4-2023 03:04 PM
Selalunya yg tanya soalan yg bukan2 ni acik2 kepam ketiak bacin tudung x gosok

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.058819 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top