CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafiq Farhain Nafi Nak Tinggalkan Kerjaya Bomba

23-4-2023 11:37 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 642| Komen: 8|Original author: Tatod

Bakal genap 10 tahun bergelar pegawai bomba Ogos ini, penyanyi Syafiq Farhain, 29, tidak terfikir langsung untuk meninggalkan kerjaya itu bagi memberi fokus kepada bidang nyanyian sepenuh masa.

Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim berkata, memang ramai sudah bertanyakan perkara itu sehingga ada yang mendakwa dia ingin meninggalkan kerjaya sebagai anggota bomba.


"Ramai dah orang tanya soal ini. Dalam jabatan sendiri pun, ada ura-ura kata saya nak berhenti. Tidak, tak ada! Saya tak tahulah mereka dengar dari mana.

"Saya memang tak pernah cakap saya nak berhenti kerja sebagai anggota bomba dan fokus pada nyanyian. Saya boleh buat dua kerja ini sekali gus dan masih boleh uruskan masa.

"Jadi, tiada masalah dari segi pengurusan masa itu. Kalau boleh nak lama, tak ada pun rasa nak berhenti," katanya yang juga anak kepada penyanyi Iklim, Allahyarham Saleem.


Penyanyi lagu Kau Bidadari itu tidak menafikan dia memilih untuk ada kerjaya tetap sebagai jaminan kukuh.


Bagaimanapun, faktor utamanya menceburi Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana minat mendalam dalam bidang itu.

"Jaminan itu ya juga. Yang selebihnya memang saya minat dan suka. Walaupun sekarang saya kerja dalam pejabat saja buat masa sekarang, kita tak tahu suatu hari nanti boleh buat kerja-kerja di balai kan," katanya.

Sejak berpindah ke ibu pejabat di sini pada 2017, Syafiq mengakui dia rindu untuk melakukan kerja-kerja lapangan dan terbabit mengendalikan kes di balai.

"Sebenarnya kerja di balai itu seronok. Pergi apa-apa kes sekali pun, setiap kes kita dapat ilmu baharu, pengalaman baharu. Berbezalah dengan duduk di pejabat.

"Ya pernah masa saya di Johor. Sebelum datang ke ibu pejabat, memang saya kat balai. Pergi kes kebakaran dan operasi. Sama macam yang orang tengok naik jentera bomba itulah. Memang penat tapi seronok," katanya.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 23-4-2023 12:24 PM
Bomba gred B19 je ke

gaji 2k lebih ribu je kot

kalo fokus nyanyi lg masyuk
Quote sleepandream 23-4-2023 02:51 PM
kalo heols pandai buat lagu sendiri takpe jugak...
ni harap lagu arwah bapak je..
dah kawen ni lagi la saham turun...
elokla keje bomba tu walaupun kerani pon... nak buat loan senang... pencen pun adooo... walaopon side income heols lagi lebattt
Quote bottompro 23-4-2023 03:13 PM
Ko jangan jadik bodoh dek.
Rupa takde. Suara ke laut cina selatan.

Bakat non hado.

Better ko stay kerja kerajaan. Tak kaya takpa. Janji cukup makan.


Ko dh 10x cuba up nama, tp tetap sendu nan permai.  Tak laku
Quote Belibis 23-4-2023 07:30 PM
sleepandream: kalo heols pandai buat lagu se ...

Betul tu...orang lain berebut nak keja gomen,nyanyi tu sambil2 jer.bukan zaman kaset dan cd..boleh jual produk.
Quote Shayang 23-4-2023 07:42 PM
Sukati ko laa
Bukan ko yg menafkahi aku tiap bulan pun so kalau benti ke idak
Tak menjejaskan hidup aku
Quote sharlenetexas 23-4-2023 07:46 PM
Org lain berebut nk kerja gomen.


Quote supernaturalee 23-4-2023 09:53 PM
bottompro replied at 23-4-2023 03:13 PM
Ko jangan jadik bodoh dek.
Rupa takde. Suara ke laut cina selatan.


Bab suara tu setuju sgt
Cannot go langsung


Quote slipar_jepon 23-4-2023 10:11 PM
Nyanyi as a hobby jela. X perlu sampai benti keje. Takut jd retis sekejap je nnt. Pastu no job..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.045465 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top