CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Palestin Bukan Sekadar Isu Agama - Faizal Tahir

23-4-2023 11:33 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 244| Komen: 0|Original author: Tatod

Kezaliman dan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin bukan konflik agama semata-mata, sebaliknya membabitkan isu kemanusian sejagat.

Penyanyi Faizal Tahir berkata, masyarakat dunia terutama rakyat Malaysia yang berbilang kaum sepatutnya dididik mengenai isu berkenaan supaya lebih memahami konflik yang berlaku di negara berkenaan.


Faizal Tahir (kiri) bersama salah seorang rakyat Palestin melihat keadaan penjara haram Israel yang dibina semula bagi memberi gambaran keperitan penghuninya. 

"Kita masyarakat majmuk, kena ambil peluang dan tanggungjawab ini untuk mendidik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bahawa isu Palestin adalah lebih daripada isu agama.

"Ia masih isu agama, Islam yang ditindas tetapi sekarang ini ia sudah lebih daripada itu. Ramai orang tahu apabila sebut Palestin, tiada yang bukan Islam.


"Sedangkan ramai penganut Kristian dan Yahudi yang menyebelahi Palestin juga ditindas. Banyak perkara yang kita tidak sampaikan kepada orang ramai yang kita kena tumpukan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.


Faizal yang aktif dalam badan bukan kerajaan berkaitan pelarian berkata, dia melihat sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin juga bermusim.

"Itu fitrah manusia, kalau kita tengok sekarang dengan media sosial semua berkaitan dengan 'trend'. Manusia secara fitrahnya memang ikuti dan ambil tahu perkara yang sedang 'trending'.

"Itu tidak jadi masalah, sebab jika mahu tumpukan sepanjang masa boleh menimbulkan tekanan dan kemarahan sehingga tidak terkawal.

"Sebenarnya boleh kata setiap hari ada yang dibom. Namun manusia akan tiba satu tahap akan penat dengan perkara ini yang dilihat tidak berkesudahan.

"Sebab itu sebagai orang Islam kita kena istiqamah, mendoakan mereka," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.036968 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top