CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emma Maembong Dan Suami Beri ‘Duit Raya’ Iphone Buat Dua Pembantu Rumah

23-4-2023 09:52 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1288| Komen: 9|Original author: Tatod

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, pelakon Emma Maembong dan suami iaitu Muhammad Shazli Azhar menghadiahkan telefon pintar iPhone buat kedua pembantu rumah mereka.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pasangan berkenaan bermaaf-maafan bersama dua pembantu rumah mereka sebelum Muhammad Shazli menyerahkan telefon berkenaan kepada mereka.



"Selamat hari raya, saya minta maaf kalau ada salah. Sama-sama ada iPhone baru, sama rata. Duit raya tak ada tahun ini.

"Kerja rajin-rajin, jangan gaduh-gaduh. Kerja elok-elok," kata Shazli.

Gembira dengan hadiah yang diterima, kedua-dua pembantu rumahnya itu memeluk pasangan suami isteri itu sebagai tanda terima kasih.


Malah mereka juga mencium anak pasangan berkenaan iaitu Shariq Gabriel berkali-kali.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh melihat pasangan berkenaan yang mesra melayani pembantu rumah mereka.

Selain turut mendoakan agar pasangan tersebut terus dimurahkan rezeki kerana sikap baik mereka itu.

"Selamber saja dia peluk majikan, dia buat macam adik-beradik saja.


Sumber: mStar, IG EMMA MAEMBONG


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 23-4-2023 09:59 AM
duit lg penting dari iphone bg pembantu2 itu. kot
Quote jejarihalus 23-4-2023 10:09 AM
Bibik dia Yang Nama intan Tu dah x keje kat situ ke
Quote Shanne16 23-4-2023 10:55 AM
Tu la..x nampak bibik yg ada anak tu
Quote matjerk 23-4-2023 11:50 AM
LadyCarefree: duit lg penting dari iphone bg ...


Klu bibik yg kuat selfie ... ipong pun penting...
Quote melinda_kerr 23-4-2023 11:52 AM
Dan yg ptg kena post lah. Kalau tak, tkde org tahu.
Quote slyfynx 23-4-2023 12:17 PM
Yang penting, satu dunia kene tau.
Baru best
Quote tagas 23-4-2023 12:35 PM
So lps ni dah bleh ber jahit tgn dgn ipong

kulu kilir tak payah buat keja
Quote mieyrasfea 27-4-2023 02:13 PM
bagus betul laki Emma
Quote dudaberhias 27-4-2023 02:15 PM
ok la tu boleh tolong majikan buat konten kan... tapi hakikatnya duit lagi penting... pembantu rumah mana la nak guna sepenuhnya telefon mahal gitu...

kira duit raya tersebut bukan sahaja untuk pembantu rumah tapi untuk kegunaan majikan juga...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.042638 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top