Alya Iman membuat kejutan apabila dia tidak lagi berhijab dalam muat naik di Instagramnya pada hari pertama Syawal. Menerusi foto berkenaan, pelakon berusia 22 tahun itu mengenakan kurung moden rona biru dengan gaya rambut panjang berwarna perang.
Alya atau Alya Ziman Azmil yang juga anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha menerusi kapsyen hanya menulis mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengikutnya di Instagram. "Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin," katanya. Alya bagaimanapun menghadkan ruangan komen yang hanya dibuka untuk kenalan yang diikuti di media sosial miliknya sahaja.
Pada Julai 2020, Alya pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang. Menurut pelakon drama Lelaki Kelas Sebelah itu, dia dan individu berkenaan sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac 2020. Alya kemudiannya bertunang dengan seorang duda yang mempunyai dua cahaya mata iaitu Ridhwan Rosli sekitar 2020. Bagaimanapun, dua tahun selepas itu ikatan pertunangan mereka putus dan aktres berkenaan berkata dia kini lebih selesa menjalani hidup solo dengan hanya fokus pada kerjaya sahaja. Sumber: mStar
|
beatgirlX replied at 22-4-2023 09:46 PM
Hmm.. Aku je ke rasa dia cangik lg bertudung...
Tapi Alya.. Apa kaga ko g ngurat si View sondol si M ...
immaryjane replied at 22-4-2023 09:17 PM
Bukak tudung lpas ex tunang spill tea ade tattoo, jadi sugar babes. Rebel
LadyCarefree replied at 22-4-2023 10:19 PM
Ooo siapa bapakgula dia?
ADVERTISEMENT