Wanita warga emas tidak sempat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Tandop Besar apabila dia meninggal dunia selepas dilaporkan rebah. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, berkata wanita berusia 75 tahun itu dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut. Sebaik tiba di hospital, katanya, doktor mengesahkan warga emas terbabit sudah meninggal dunia. "Berdasarkan keterangan anaknya, mangsa dikatakan mempunyai rekod sakit jantung dan kematiannya tidak membabitkan sebarang unsur jenayah," katanya ketika dihubungi hari ini. Mulkiaman berkata, jenazah mangsa akan dikebumikan hari ini. Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT