Malang tidak berbau apabila bilik simpanan kucing kediaman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Country Heights, Kajang terbakar pada pertama Hari Raya Aidilfitri.
Lebih menyedihkan, beberapa ekor kucing peliharaannya mati akibat kebakaran itu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, jentera dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Kajang dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 1.30 petang. "Dilaporkan kebakaran membabitkan sebuah rumah banglo dua tingkat milik Timbalan Perdana Menteri. "Kebakaran membabitkan bangunan kelas A terbakar 15 peratus di bahagian bilik simpanan kucing berukuran 1.85 meter persegi x 1.85 meter persegi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan, kucing peliharaan keluarga Ahmad Zahid mati akibat lemas di dalam asap kebakaran itu dan ada yang terselamat, bagaimanapun jumlahnya tidak didedahkan. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT