Seorang gadis tidak menghiraukan orang ramai apabila terlompat-lompat dan meraung di kawasan pelabuhan. Difahamkan, ia berikutan dirinya tidak sanggup berpisah dengan kekasih yang mahu pulang ke kampung halaman.
Menerusi satu video tular, gadis itu kelihatan terduduk di atas jalan dan menangis kerana enggan berpisah dengan teman lelakinya. “Tular, ditinggal kekasih balik kampung, gadis ini menangis histeria,” tulis pemilik TikTok PetaniGila. Dalam video sama, gadis itu dilihat melompat-lompat ke arah kapal KM Sirimau yang dinaiki teman lelakinya di pelabuhan tersebut. Lebih lucu, dia turut menghentak kakinya ke atas lantai, seolah-olah budak kecil yang menangis kerana tidak dibelikan permainan.
Rata-rata netizen terhibur melihat video gadis itu yang dianggap terlalu obses dengan teman lelakinya. Sumber: mStar
|
clarizsa replied at 21-4-2023 10:46 PM
Bangsat sial bangang puiiihhh
cmf_premierleag replied at 21-4-2023 09:53 PM
Kalo gini le ghupenye,ko blah je pastu kat kampung, ko cari la pompuan yg semenggah sket utk dibuat ...
VespaSilbe replied at 22-4-2023 12:12 AM
Belum nikah.. over naw
matjerk: Mungkin perlu buat pregnancy t ...
ADVERTISEMENT