CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bakar Kertas, Buat Ritual Pelik Untuk Berpisah Dengan Kereta Lama Lepas Dapat Yang Baru

21-4-2023 09:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 399| Komen: 1

Lelaki di China menjadi tular selepas melakukan upacara pelik sebagai majlis perpisahan dengan kereta lamanya.

Menerusi perkongsian video di media sosial itu, kelihatan lelaki bernama Wong melutut di hadapan keretanya sebelum membakar sekeping kertas sambil menyembah kereta berkenaan berulang kali bagi menghormatinya.




Difahamkan, ritual itu dilakukan sebagai tanda perpisahan dan persediaan untuk menggantikannya dengan kereta baharu.

Menurut penerangan daripada isteri Wong dalam video tersebut, upacara itu adalah sebahagian daripada perpisahan lelaki itu bersama kereta lamanya yang sudah digunakan selama lapan tahun.



Hal ini kerana, kereta itu merupakan kereta pertamanya dan menjadi 'watak' penting dalam membantunya menambah rezeki.

Rakaman itu mendapat 6.99 juta tontonan yang mana pengguna Weibo meluah rasa hormat mereka terhadap Wong.


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.033679 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top