CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

A. Aida Cemburu, Selalu Tertanya-tanya Kenapa Nikmat Hidup Berumah Tangga Tak Kekal Lama

21-4-2023 08:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2460| Komen: 26

Datuk A. Aida mengakui adakalanya dia cemburu melihat kebahagian orang lain yang hidup berpasangan.

Walaupun empat kali melalui fasa kegagalan rumah tangga, penerbit itu percaya bahawa jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Allah.


A. Aida atau Zaidah Awang, 53, juga sering teringat pesan arwah ibu tentang dirinya yang sukar ‘melekat’ dalam perhubungan.


IG

“Arwah ibu pernah cakap, saya ini ada segala-galanya, tetapi bab berkaitan suami Allah tidak kurniakan rezeki. Saya reda dengan ketentuan itu dan terima bahawa belum ada rezeki ke arah itu.

“Tapi saya akui sedih dan cemburu melihat orang lain berpasangan, terutamanya kebahagiaan adik-beradik sendiri. Saya sentiasa tertanya-tanya kenapalah tidak mendapat kenikmatan hidup berumah tangga yang kekal lama.

“Namun semua itu telah ditulis Allah dengan baik. Saya kena terima,” katanya kepada mStar.


Selepas empat tahun kembali hidup sebagai ibu tunggal, A. Aida tidak pernah menutup hati untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki yang boleh memahami dirinya.

Meskipun ada beberapa lelaki yang cuba mendekati dirinya, namun belum wujud perasaan sayang selain dia juga ada ciri-ciri idaman yang dimahukan.

“Ada sahaja yang nak kenal dan selalu mesej saya, tetapi perasaan sayang dan rindu itu belum wujud. Kalau kita sayang seseorang mestilah akan akan ada rasa rindu nak jumpa.

“Saya sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan lelaki terakhir yang akan menjadi peneman di hari tua. Kalau boleh biarlah dia seorang yang boleh membimbing saya.

“Tapi saya mahu juga seorang yang ada kerjaya dan harta sendiri. Tidaklah nak mengharapkan duit saya nanti. Penampilan juga haruslah jaga sebab nak bawa jalan di karpet merah,” ujarnya.


IG

Bercerita tentang sambutan Aidilfitri tahun ini, A. Aida akan membawa empat orang cahaya matanya itu bercuti ke Jepun.

“Memang selalunya kami akan bercuti bila musim perayaan. Tahun ini kami pilih Jepun sebab anak lelaki saya mahu melawat tempat-tempat bersejarah di sana.

“Inilah masanya untuk saya luangkan masa bersama anak-anak sebab semuanya cuti serentak,” jelasnya.

Untuk rekod A. Aida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali dan hasil dari kesemua hubungan tersebut dia dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Perkahwinan A. Aida dengan penyanyi Ameng pada 1994 dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Wan Aleesya, 27 dan Wan Natasha yang kini berusia 22 tahun.

Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada 2003.

Penerbit itu juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis selepas bercerai dengan vokalis kumpulan Spring itu namun butiran perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan.

A. Aida kemudiannya bertemu jodoh dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007 namun mereka bercerai pada 2013.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rahul yang kini berusia 14 tahun.

Selepas lima tahun hidup menjanda, A. Aida sekali lagi berkahwin dengan aktor Ariff Aziz pada 2018 namun rumah tangganya itu hanya bertahan selama 10 bulan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 21-4-2023 10:21 PM
ramai jeh laki nak kat sheols ni... vogue lagi....
sheols jah tak reti pilih or jodoh mmg tak pnjg ler
Quote lazim 21-4-2023 10:23 PM
Yg kahwin dgn aktor ariff aziz tu xtau plk. Sapa laki dia..
Quote lazim 21-4-2023 10:26 PM
Ohh baru igt yg berlakon cite hantu ckp perak tu.  Mamat tu kikis dia
Quote Piramida 21-4-2023 10:30 PM
Oooo selevel natasya hudsan.. Bersilih ganti suami ya. Now datuk aida mencari.. Kesunyian ya.
Quote sayurmayur88 21-4-2023 10:54 PM
sebabnya rezeki masing2 beza
Quote cmf_premierleag 21-4-2023 11:53 PM
Tok Da, rezeki org tak sama
Uols kaya,ada duit sendiri,pandai cari duit sendiri....iols respek dgn tok da sbb betul2 bangkit lps cerai dgn ameng dulu
Sheols penah buka kedai jual handbag korea in mid 2005-2007 mcm tu kt carrefour wangsa maju
Tp bisnes tu x lama...tp tok da tetap x gibap and terus usaha cari duit sendiri smpi bleh jd kata raya mcm skang
Gitu iols bekap tok da
Tp mmg aku respek le kat dia ni..idok le meratap sendu mcm shucelup tu..jual kukis tp mcm bodoh je cara berniaga.
Quote cmf_premierleag 21-4-2023 11:54 PM
Zmn2 tok da bukan kedai jual hendbeg tu, kakprik sharifah shora lak bukak kedai jual lingerie kat axis atrium,ampang
So akak salute la korang berniaga
Quote dudaberhias 22-4-2023 12:15 AM
dah laki yang engko pilih pun hanak2 hikan muka tapai basi yang kahwin semata2 nak di taja jah...

memang la jadi gitu bila kahwin dengan hanak hikan lepastu kena sedia elaun tiap2 bulan... dia akan stay bila ko bayar elaun nek... kalau dah berhenti bayar... confirm la larikkkk macam amah indon lari ikut jantan....

nek aida kahwin je la dengan laki tua atau sebaya, tak payah cari2 yang sado... ni takat badan je sado tapi kontol kecik jugak dan hitam macam asam jawa...

kalau nak yang sado dah alang2 tu baik cari kat thailand jah... yang kedai restoran viral semua pelayan jantan shirtless tu... cer negotiate rm3000 semalam rasanya onz je theyols... kurang2 herlok lagi dari yang nek aida taja sebelum2 ni...

apa2 pun go go nek aida yach, semoga berjodohan dengan laki sekufu, jangan berjodohan lagi dengan hanak hikan kepam konek hitam..

Quote DeLuna85 22-4-2023 12:55 AM
sleepandream replied at 21-4-2023 10:21 PM
ramai jeh laki nak kat sheols ni... vogue lagi....
sheols jah tak reti pilih or jodoh mmg tak pnjg l ...

Percaya je ramai yang nak kat dia. Cuma maybe jodoh berat.
Quote sharlenetexas 22-4-2023 01:31 AM
Acik zaidah ni dua kali pandang mcm chryseis tan.


Quote sharlenetexas 22-4-2023 01:33 AM
cmf_premierleag replied at 21-4-2023 11:53 PM
Tok Da, rezeki org tak sama
Uols kaya,ada duit sendiri,pandai cari duit sendiri....iols respek dgn t ...

Ingat lagi sheols rasmi kedai hanbag harga marhaen tu. Tak yah jual barang mahal2.

Quote mojarean_X 22-4-2023 01:36 AM
Ada orang mmg x bertuah ngan jodoh. Redha jelah yg penting kita masih bernafas dan hidup di muka bumi
Quote anony-mous 22-4-2023 02:25 AM
cmf_premierleag replied at 21-4-2023 11:53 PM
Tok Da, rezeki org tak sama
Uols kaya,ada duit sendiri,pandai cari duit sendiri....iols respek dgn t ...

I setuju. She’s a strong woman. Pompuan gini jodoh mmg pyh lekat sbb xramai laki mampu handle prempuan mcm ni
Quote doubleA 22-4-2023 10:26 AM
Iols pun salute sheols pandai cari duit, dari pelakon sendu now penerbit dan busineswomen berjaya kaya raya. Tapi adat la ada kurang lebih mana2, ada org hidup sederhana tapi pasangan baik, dia plak kaya raya ada la ujian bab pasangan hidup. Kiranya paling lama dia kawen dgn ameng la kan
Quote nakkomenjugak 22-4-2023 04:03 PM
at least pernah lerrr merasa kaweennnn
tengok iolssss
andartu kepam takde yang nakkk
tapi nengokkan kualiti lelaki skg....
nahhhhhh...
Quote fadz84 22-4-2023 05:29 PM
doubleA replied at 22-4-2023 10:26 AM
Iols pun salute sheols pandai cari duit, dari pelakon sendu now penerbit dan busineswomen berjaya ka ...

Taste dia pada lelaki berubah seiring ngn kekayaan yg dia ada ye.. dulu zmn berlakon sendu, Ameng yg rupa biasa2 tu blh jd laki.. dh kaya ni up nk hanak2 ikan yg sado2 je ke.. hehe
Quote becir 22-4-2023 07:40 PM
Okla kaya at least..iols jodoh berat kaya jauh sekali
Quote cmf_premierleag 22-4-2023 09:54 PM
anony-mous replied at 22-4-2023 02:25 AM
I setuju. She’s a strong woman. Pompuan gini jodoh mmg pyh lekat sbb xramai laki mampu handle pre ...

Kaannn...sbb tgk je dia ni sejenis perempuan yg kuat semangat
Jgn main2 dgn dia sbb dia tegas....jgn sesekali bodoh2 kan dia..dia dah lalui mcm2 jatuh bangun dlm hidup ni...so dia mmg berani
Tgk je la amelia tu bodoh2 kan dia,hah amek kau terus kene saman..ingat senang ke nk cari duit utk bikin drama..nak kene pikir periuk nasi krew etc lagi..ujung2 senang je kau tarik diri last minute..elok kene saman..jgn sesekali perlekehkan org mcm Tok Da nih

Quote cmf_premierleag 22-4-2023 09:57 PM
sharlenetexas replied at 22-4-2023 01:33 AM
Ingat lagi sheols rasmi kedai hanbag harga marhaen tu. Tak yah jual barang mahal2.

Ha ah..zmn2 tu takde pun shopee lazada insta shop bagai.
Tp dia dh awal2 dah jual handbag2 korea dr zmn tu lagi.
Bbnu skang je baru je nk start jual handbag korea2 tu pastu nak perlekehkan org yg dah byk makan asam garam kehidupan mcm dia ni..dia flip hair je la

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.064401 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top