CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Maut Myvi Masuk Laluan Bas

21-4-2023 08:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1655| Komen: 13

Pasangan suami isteri meninggal dunia di lokasi selepas Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 21, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Sungai Ikan hari ini.

Kemalangan kira jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan pemandu Perodua Myvi, Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong, 52, dan isteri, Siti Faridaf Ahmad, 46, parah pada anggota badan.


Harian Metro

Sementara itu, anak mereka, Che Ku Batrisya, 18, yang berada di tempat duduk belakang cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika bas dipandu lelaki berusia 51 tahun bersama kelindan dan 28 penumpang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu, Kelantan menghala Kuantan, Pahang.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa yang datang arah Kuala Terengganu menghala ke Felda Belara tiba-tiba masuk ke laluan bas.

"Jarak yang dekat menyebabkan pemandu bas tidak sempat mengelak menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung.

"Kejadian itu menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian manakala 10 mangsa termasuk penumpang belakang Perodua Myvi dan pemandu bas cedera.

"Pemandu bas bersama seorang penumpang bas serta penumpang belakang Perodua Myvi kini berada di HSNZ Kuala Terengganu untuk rawatan manakala mangsa lain yang cedera dibawa ke Hospital Setiu untuk pemeriksaan lanjut.

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HSNZ Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus Azmi Omar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.57 tengah hari sebelum lapan anggota bersama satu jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebaik tiba, terdapat tiga mangsa di dalam Perodua Myvi dengan dua daripadanya sudah meninggal dunia sebelum kerja-kerja mengeluarkan mereka dilakukan.

"Kita mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit manakala pasangan suami yang sudah meninggal dunia dan tersepit itu pula berjaya dikeluarkan selepas 30 minit kerja-kerja menyelamat dijalankan.

"Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke HSNZ dan Hospital Setiu manakala mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 21-4-2023 08:30 PM
tgk dashcam kereta depan nampak mcm kes microsleep je. kesian anak jd yatim piatu sehari sblm raya
Quote pearl.silver 21-4-2023 10:01 PM
Sedihnya… td i nk balik raya kat lpt area bentong tu 3 biji kereta dlm longkang. Mcm mana la ber3 tu bole sama2 terbabas dlm longkang tu..
Quote hotmak 21-4-2023 10:10 PM
sedihnya, sekelip mata mak ayah pergi, yg ditinggalkan sedih, yg pergi dpt pergi sama2
Quote b_n_c 21-4-2023 11:36 PM
innalillahiwainnailahirajiun..sedih tgk rakaman video dr belakang kereta yg berada di depan myvi tersebut...

mgkin pemandu myvi trlelap kot masuk ke laluan sebelah
Quote ultra78 22-4-2023 12:00 AM
Kejadian jam 12:30 pm. Microsleep la tu. Waktu tu mmg akan risiko terlelap.Lebih-lebih lagi bulan puasa. Suatu hari nanti kereta wajib ada function lane assist dan lane departure warning.
Quote helicornia 22-4-2023 12:13 AM
Klu nampak kete depan terhuyung hayang mcm ngantuk hon je kuat2.nescaya hilang ngantuk sbb terkejut
Quote monreyes 22-4-2023 01:05 AM
bulan pose tgh hari tok sah lah drive long distance...mesti ngantuk punya lah...kalau terpaksa juga yg dok sebelah tu kena lah ajak sembang ..jgn pulak ko membuta
Quote Lagubestbest 22-4-2023 01:54 AM
Edited by Lagubestbest at 22-4-2023 01:55 AM

salah tun M sampai skrg kelantan takde highway proper.
Quote Belibis 22-4-2023 09:36 AM
helicornia: Klu nampak kete depan terhuyun ...

Masalahnya driver mesia pantang kena hon,tak pasal2 kena jari tengah..kalau nasib tak baik kena parang.
Quote LoveSungmin 22-4-2023 11:53 AM
mesti trauma driver bas dan penumpangnya
Quote belilies 22-4-2023 09:06 PM
Tadi ada buletin tv3 siarkan interview anak mangsa. Kecik lagi. Baru je jadik anak yatim piatu, pagi raya lagi. Napa takde empati/simpati utk anak tu, boleh2 lg interview budak kecik baru mati ibu bapa

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.206360 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top