CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tetamu Balas Dendam Tinggalkan Bil Melambung Selepas Pemilik Vila Enggan Batal Tempahan

21-4-2023 08:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1699| Komen: 12

Berang pemilik vila enggan membatalkan tempahan, sepasang suami isteri dari China yang mengunjungi Korea Selatan membalas dendam dengan menggunakan air, gas dan elektrik dalam kuantiti yang banyak sehinggakan bil melonjak tinggi di vila tersebut. 


Oddity Central melaporkan, mereka terpaksa menyewa vila itu setelah permintaan untuk membatalkan tempahan ditolak pemiliknya.



Insiden itu bermula apabila pasangan tersebut menempah vila di Seoul menerusi laman tempahan penginapan, Airbnb selama 25 hari tanpa memeriksa lokasinya di ibu negara Korea Selatan tersebut. 

Apabila mereka tiba dan menyedari tempat itu berada di pinggir bandar raya tersebut, mereka memutuskan untuk menghubungi pemilik dan meminta bayaran balik. Mereka menyatakan bahawa perjalanan pergi dan balik dari pusat bandar raya terlalu menyusahkan. 

Bagaimanapun, pemilik vila itu menolak dengan alasan tempahan telah disahkan dan pembayaran telah dibuat sepenuhnya.


Pada mulanya, pemilik vila tidak menyedari apa-apa yang luar biasa mengenai pasangan tersebut apabila mereka bertanya kepadanya sama ada terdapat sebarang kamera pengawasan di dalam kediaman berkenaan.

Sepanjang tempahan selama 25 hari, mereka hanya datang ke vila tersebut selama kira-kira lima minit bagi setiap tiga hingga empat hari, menghabiskan sebahagian besar masa dengan melancong ke kawasan yang berbeza di negara itu.

Hanya apabila syarikat gas menghubungi pemiliknya dan memberitahu mengenai peningkatan mendadak dalam kadar penggunaan gas di vilanya, barulah pemilik tersebut menyedari ada sesuatu yang tidak kena.



Namun, pada masa itu, pasangan tersebut sudah meninggalkan Korea Selatan, meninggalkan bil utiliti yang amat tinggi dan menggunakan air pada kuantiti untuk lapan orang dewasa selama dua bulan. 

Pasangan yang tidak dikenali itu dilaporkan membazirkan 120 tan air serta meninggalkan bil air dan elektrik sebanyak 154,056 won (RM514.50). Bil gas pula adalah kira-kira 1,009,337 won (RM3,370). 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 21-4-2023 08:32 PM
Yang menyewa tu, kira pendendam la juga…mmg dia kasi habis2an pada owner rumah…mmg geram betul

Yg owner pulak, sbb tamak punya pasal, sanggup xbg cancel and no refund… patutnya bg lah cancel n refund lah 50% ke 75% ke…xde la rugi sgt vs. Kena bayar bill yg lagi tinggi dr total yg owner dpt
Quote SalenaGomez 21-4-2023 08:34 PM
Itu nasib baik rumah x meletop ka, terbakar ka
Quote kechikchomel 21-4-2023 08:48 PM
Jiran iolss buat homestay. Ada sekali tu guest dia tinggalkan rumah dgn lampu bilik terpasang, aircond terpasang, sampah merata. Dia keluar lepas pkul 12 (lebih dr waktu sepatutnya). Kebetulan lak jiran iolss tu takde waktu dia checkout. Malam tu balik baru perasan.
Quote faraway1 21-4-2023 09:07 PM
Owner tu tak boleh guna kad kredit penyewa tu untuk bayar bills?
Quote kakikuDibibirmu 21-4-2023 09:10 PM
kechikchomel replied at 21-4-2023 08:48 PM
Jiran iolss buat homestay. Ada sekali tu guest dia tinggalkan rumah dgn lampu bilik terpasang, airco ...

D'Naj View Homestay kettewww?
Quote kechikchomel 21-4-2023 09:14 PM
kakikuDibibirmu replied at 21-4-2023 09:10 PM
D'Naj View Homestay kettewww?

Bukannnnn
Quote Skuau 21-4-2023 10:10 PM
Idea yg menarik untuk 'dicontohi@pembalasan si pitung...'
Quote sayurmayur88 21-4-2023 10:47 PM
hahahaha padan muka , tamak sgt kan ???!
Quote batmana 21-4-2023 11:44 PM
Psgla meter elektrik cm mr Bean.msuk duit bru jalan
Quote Lagubestbest 22-4-2023 03:46 AM
kalau kat india, driver "grab" hari2 minta customer cancel, driver tanak makan komisen nak semua.
Quote doubleharmonic 22-4-2023 01:50 PM
padan muka ko kan babi

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.083316 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top