Seorang wanita muslim meluahkan rasa kecewa setelah ditegur penumpang lain ketika cuba berbuka puasa dengan makanan ringan di dalam sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT). Memetik laporan food.detik.com, kejadian menyedihkan itu berlaku di Singapura dan menarik perhatian warganet Indonesia.
Menerusi catatan di laman Instagram Sgfollowsall, wanita tidak didedahkan identiti itu berkongsi pengalaman dilaluinya ketika ditegur oleh seorang penumpang yang duduk bersebelahan. Menurut wanita itu, penumpang terbabit menegurnya dengan nada agak kasar bahawa mana-mana individu tidak dibenarkan makan dalam tren MRT meskipun untuk berbuka puasa. Katanya, ketika itu, dia menaiki MRT dalam perjalanan pulang ke rumahnya. “Kebetulan, sudah hampir masuk waktu Maghrib dan saya perlu berbuka puasa. Disebabkan saya menaiki MRT, jadi saya hanya berbuka dengan makanan ringan.
“Ketika membuka kertas bungkusan coklat itu, seorang penumpang di sebelah menegur kerana makan dalam MRT. “Saya tiada pilihan lain selain berbuka puasa semasa perjalanan itu kerana tidak ada masa untuk turun di stesen, makan di luar dan kemudian menaiki semula tren,” katanya. Tambahnya, penumpang itu menegurnya bahawa makan dalam tren MRT tidak dibenarkan sama sekali sambil menunjukkan papan tanda dilekatkan pada gerabak berkenaan. Sementara itu, wanita itu memberitahu bagi mendapatkan kepastian, dia turut bertanya pada pegawai stesen sama ada penumpang dibenarkan makan dalam situasi tertentu. “Saya sempat bertanya pada pegawai stesen MRT sama ada penumpang dibenarkan makan makanan ringan yang kering dan tidak berbau. “Pegawai kata tidak mengapa. Beliau menjelaskan berbuka puasa dalam tren dibenarkan asalkan hanya dengan makanan ringan,” katanya. Sumber: Utusan
|
BartholomewKuma replied at 21-4-2023 04:08 PM
Bangsa sepet pelahap khinzir lahhhh tuuu. Sapa lagi kalu bukan geng depa hat dok rasa terpaling
midori888 replied at 21-4-2023 04:15 PM
Hmmm Spore...biasa lah tu ...geng terpaling, dia lah yg helokkkkk....dan betulllll....
green~tea replied at 21-4-2023 05:16 PM
Terpaling KIASU
ultra78: Lol. Rakyat Singapore kan maca ...
capiloton replied at 21-4-2023 06:15 PM
kalau kat tempat public ni,
buka minum air jer,
dan makan benda yg takde bau, mcm kurma
ADVERTISEMENT