CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meletup Selepas Dilancarkan, Pelancaran Pertama Roket Gergasi SpaceX Gagal

21-4-2023 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2203| Komen: 32

Roket gergasi baharu SpaceX terhempas di Teluk Mexico berikutan meletup beberapa minit selepas berlepas dari landasan.

Syarikat milik Elon Musk itu menyasarkan untuk menghantar Starship untuk mengeliling dunia dari selatan Texas berhampiran sempadan Mexico. Ia bagaimanapun tidak membawa orang mahupun satelit.



Reuters

Penggalak roket itu sepatutnya dipisahkan selepas berlepas tetapi keadaan itu tidak berlaku, menyebabkan ia mula jatuh dan meletup empat minit ketika penerbangan.

SpaceX berkata, "Starship mengalami pembukaan tidak berjadual yang cepat sebelum peringkat pemisahan."

Sepatutnya selepas berpisah, kapal angkasa itu terus ke timur dan cuba mengelilingi dunia, tetapi ia terhempas di Pasifik berhampiran Hawaii.

Orang ramai menyaksikan pelepasan kapal angkasa itu di Pulau Padre Selatan, beberapa batu jauhnya dari tapak pelancaran Pantai Boca Chica.



Reuters

Syarikat itu merancang untuk menggunakan Starship bagi menghantar orang dan kargo ke bulan dan akhirnya Marikh.

Malah NASA sudah menempah Starship untuk perjalanan pasukan berikutnya ke bulan, selain pelancong mewah yang mahu ke angkasa.

Pelepasan itu adalah percubaan kedua selepas percubaan pertama pada Isnin dibatalkan kerana injap penggalak beku.

Walaupun gagal memenuhi sasaran misi penuh pelancaran, SpaceX mengisytiharnya satu kejayaan.


Reuters

"Data ujian hari ini adalah berguna untuk melakukan pelancaran yang seterusnya," katanya kata SpaceX dalam satu catatan di Twitter.

Sebelum ini, Pengasas SpaceX Elon Musk memberi amaran sebelum pelancaran bahawa kemungkinan besar akan berlaku isu teknikal dan beliau cuba mengurangkan jangkaan bagi pelancaran ujian sulung itu.


Reuters

"Ia adalah penerbangan yang sangat berisiko... pelancaran pertama roket gergasi yang sangat rumit. Terdapat sejuta cara roket ini boleh gagal," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 21-4-2023 04:17 PM
Jiiibbb mana ko sembunyi mh370 jiiibbbb
Quote cmf_premierleag 21-4-2023 05:22 PM
Amber Heard tersenyum sinisss
Quote SalenaGomez 21-4-2023 05:42 PM
So camne?? Masa ada masa lagi tarik diri pergi mars belum sampai dah meletup ha
Quote kakikuDibibirmu 21-4-2023 06:09 PM
Amber Turd tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 21-4-2023 06:17 PM
SpaceX dekat PKNS Bangi tu lagi lah gagal total, akak ingatkan papan iklan elektronik ada LCD skrin pelbagai, rupa-rupanya boleh touch screen macam mesin air tin dekat LRT tu, jual makanan dan minuman rupanya, hahaha
Quote doubleharmonic 21-4-2023 07:08 PM
balasan sebab ko pegi buang pekerja2 kan babi
Quote kakikuDibibirmu 21-4-2023 07:47 PM
balasan sebab ko pegi buang pekerja2 kan noreen
Quote manop 22-4-2023 10:15 AM
Sabotaj????
Quote kakikuDibibirmu 22-4-2023 10:18 AM
Cah keting?   
Quote zjen 22-4-2023 12:27 PM
kacang je,  amerika anytime boleh print berjuta juta USD utk kali ke dua ....  selagi negara NATO masih kekal pakai USD utk import export ...  yahudi rilek je mencetak wang kertas USD utk terus wat kerja jahat
Quote Pajeri_Nenas 22-4-2023 02:26 PM
MN ada gagal... MMG first trial mcmni
Quote Dwdrum 22-4-2023 10:40 PM
zjen replied at 21-4-2023 08:27 PM
kacang je,  amerika anytime boleh print berjuta juta USD utk kali ke dua ....  selagi negara NATO ma ...

US gomen tidak own spaceX.... malaysian guna service spaceX untuk hantar satellite.. 1st time guna falcon1 rocket (if not mistaken) sebab murah di banding kan provider lain..
Quote zjen 23-4-2023 01:51 PM
Dwdrum replied at 22-4-2023 10:40 PM
US gomen tidak own spaceX.... malaysian guna service spaceX untuk hantar satellite.. 1st time guna ...

sejak bila iols tulis gomen US own amender  ....  sedar sedar je weols bahasa Melayu sebut nama negara US sebagai Amerika Syarikat ...  perkataan Syarikat tu dahboleh tahu Syarikat US yg kontrol org politik,  dan mostly yahudi,  pasal deols la bayar cukai paling byk ,   tanpa sapot dr syarikat sana,  toksa harap election ada chan naik bertanding
Quote sharlenetexas 23-4-2023 02:16 PM
Kargo nk hantar apa? Buah manggis?

Quote Dwdrum 24-4-2023 04:12 PM
Edited by Dwdrum at 24-4-2023 12:19 AM
zjen replied at 22-4-2023 09:51 PM
sejak bila iols tulis gomen US own amender  ....  sedar sedar je weols bahasa Melayu sebut nama ne ...


Sebab ko cakap boleh print duit anytime di thread space X... Gomen tidak akan easily bailout spaceX sebab gomen mudah print out duit... SpaceX buat duit dari gomen sebab menang tender... Issue jews monopoly big companies depa mixed up dengan war bonds since world war lagi... Jews yang paling banyak beli (ini ko baca sendiri sebab panjang aku mahu explain)... Stakeholders big corperation banyak dari democrats yang control fed sekarang 1 of them hubby nancy pelosi.. Bukan semua jews... Broker company hanya serve clients saja datang dari seluruh dunia.. Ko ada duit ko buat cuma elon musk berani pecah monopoly depa ber gasak ketika mahu beli twitter and techie ada yang support dia ini .. Sama saja dengan malaysians politicians nyah..cuma uols tidak boleh print money begitu saja but boleh corrupt ada saja supporters..

Issue uols dengan zionist bagi aku sama saja dengan russia.. China.. Muslim world.. Hindhu world masing masing mahu survive untuk monopoly economy dunia...
Quote cicicumel 24-4-2023 04:18 PM
Pelik kan tahun 2023 pon masih gagal nak meroket sedangkan teknologi kuno tahun 1969 berjaya bawa manusia ke bulan... Dah lebih 50 tahun xkan teknologi tak advance lagik
Quote koko12 3-8-2023 09:53 AM
Dah lebih 50 tahun xkan teknologi tak advance lagi
Quote Tinot7 3-8-2023 09:58 AM
koko12 replied at 3-8-2023 09:53 AM
Dah lebih 50 tahun xkan teknologi tak advance lagi

Deme start from scratch..

Tapi iols minat nak tau, nasa wat apa selama ni..
Quote Tinot7 3-8-2023 10:04 AM
cicicumel replied at 24-4-2023 04:18 PM
Pelik kan tahun 2023 pon masih gagal nak meroket sedangkan teknologi kuno tahun 1969 berjaya bawa ma ...

Iols tertarik nak tau.. kalau dah sampai ke bulan, awat deme tak cuba buat koloni kat sana ka.. awat kajian tak byk pergi dan balik? Sbb takde ayaq? Sbb tu plan nak ke marikh? Sbb marikh mebbe ada punca ayaq? Patutnya by now bleh buat jjcm ke bulan.. tapi nan hadoo..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.115675 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top