Puteri Sarah Liyana menerima pujian daripada pakar perunding perubatan, Dr Rafidah Abdullah kerana tegas dalam memperjuangkan hak seorang isteri. Menurut Dr Rafidah, Puteri Sarah merupakan salah satu contoh wanita perpendirian tegas dan bijak berdikari.
“Terima kasih Puteri Sarah kerana menjadi contoh kepada para wanita. Berpendirian, berpijak atas kaki sendiri, berdikari,” tulis Dr Rafidah di ruangan Insta Story miliknya. Dalam pada itu, Dr Rafidah juga menyatakan sokongannya terhadap Puteri Sarah dan berharap pelakon cantik itu dapat mempertimbangkan mengenai hak harta sepencarian. “Setuju, pertempuran perlu diteruskan. Tidak kira berapa lama ia akan mengambil masa. Saya harap anda mempertimbangkan semula untuk memfailkan harta sepencarian. “Tambahan pula pendapatan yang anda mungkin hilang semasa berkahwin dengannya.
“Biarkan dia bertanggungjawab ke atas apa yang telah berlaku dan ke atas anak-anak dan awak. Saya doakan semua urusan @puterisarahliyana dipermudahkan,” coretnya. Terdahulu, Puteri Sarah Liyana sebelum ini menafikannya tindakannya untuk bercerai kerana ingin mendapatkan harta sepencarian bersama suaminya, Syamsul Yusof. Puteri Sarah menegaskan, anak-anak adalah keutamaan dan sepanjang tempoh ini dia bekerja keras menyara keluarga dengan pendapatan sendiri. Sumber: Gempak
|
EncikRhoma replied at 22-4-2023 08:32 PM
Diam la acik pidah. Sibuk je nak ride the issue
Perawankota replied at 21-4-2023 12:28 PM
Tak leh ke gambar doktor tu amik elok2 sikit
Kurex replied at 23-4-2023 12:54 AM
Ya Allah.. buruknya gambar kanan tu. Umpama pompuan yg disumpah untuk kekal buruk sehingga kena cium ...
ADVERTISEMENT