Tular sebuah video memaparkan pelakon Nur Fazura yang ringan mulut menegur dan beramah mesra dengan peminat di sebuah pusat membeli belah. Dalam video dimuat naik peminatnya itu, kelihatan Fazura sedang menaiki eskalator, tidak jemu mengucapkan Selamat Hari Raya dengan senyuman manis di samping suaminya, Fattah Amin yang kelihatan malu-malu. Ruang komen dibanjiri pujian netizen terhadap sikap mesra ditonjolkan Fazura, selain turut mengusik sifat pemalu Fattah.
Malah, ada yang berseloroh menyamakan personaliti dipaparkan Fazura persis YB melawat kawasan. Sikap ramah Fazura ini juga sebenarnya acap kali dirakam netizen, lebih-lebih lagi apabila dia banyak mendapat jemputan acara sempena Ramadan dan perlu bertemu dengan peminatnya. Sumber: Xtra
|
she replied at 22-4-2023 02:22 PM
Orang kalau jenis berjiwa rakyat (tiberrr)
Memang nampak wangi
Lainlah jenis BOMBASTIC SIDE EYE
cikmouse replied at 22-4-2023 02:14 PM
Fatima so cuteeeeeee....
ADVERTISEMENT