CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bini Orang Muka Tebal, Tak Rasa Bersalah Dicekup Khalwat Dengan Rakan Ketika Suami Pulang Sahur

21-4-2023 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 700| Komen: 2

Marah, sedih dan kecewa pasti dirasakan seorang lelaki apabila menangkap isterinya berdua-duaan dengan rakannya sendiri di rumah mereka ketika waktu sahur, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila pasangan kekasih itu tidak menunjukkan reaksi menyesal, malah mereka mengakui saling mencintai.


TikTok @chotibchotib

Berdasarkan video dimuat naik di laman TikTok, lelaki di Surabaya, Indonesia bernama Chotib itu berkata, dia menangkap isteri dan rakannya berkhalwat di rumah mereka ketika pukul 2 pagi (waktu tempatan).

“Pulang sahaja dari kerja, saya diberi ‘kejutan’ oleh isteri pada pukul 2 pagi. Dia berdua-duaan dengan kekasihnya iaitu rakan saya sendiri,” kata Chotib.

Kedua-dua pasangan kekasih itu dilihat tidak menunjukkan reaksi takut dan menjawab segala soalan daripada Chotib dengan bersahaja.



TikTok @chotibchotib

“Anda mahu berpisah dengan saya? Anda telah curang bersama Darno,” kata Chotib.

“Ya,” jawab isterinya sambil memalingkan muka daripada Chotib.

Ketika ditanya adakah dia mencintai kekasihnya, si isteri menjawab: “Ya, cinta.”

Dia bahkan tidak takut apabila Chotib mengugut untuk memberitahu ibu bapa wanita tersebut mengenai perkara itu.

“Beritahu sahaja. Saya tidak malu, mengapa saya perlu malu?” ujarnya.

Chotib dan isterinya dikatakan mempunyai seorang cahaya mata hasil daripada perkahwinan mereka. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 21-4-2023 08:31 PM
berapa banyak thread sama la nak bukak

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.059631 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top