CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Bakar Mercun Selepas 12 Tengah Malam Akan Kena Tindakan Tegas - Polis

21-4-2023 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1672| Komen: 47

Mana-mana individu bermain mercun dan bunga api melebihi jam 12 tengah malam di seluruh Selangor akan dikenakan tindakan tegas.

Amaran itu dikeluarkan susulan kes diterima pihaknya termasuk membabitkan kecederaan orang awam di Gombak dan individu bermain di jalan raya.


Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, perbuatan membakar mercun selepas tengah malam itu menyalahi peraturan mengikut Akta Kesalahan Kecil 1955.


Gambar hiasan

"Pembakaran itu hanya dibenarkan di kawasan lapang dan bukannya di depan rumah atau pada waktu tengah malam dan membahayakan orang lain.

"Polis akan bertindak tegas jika mengesan dan menerima laporan perbuatan itu terutama selepas 12 tengah malam," katanya pada sidang media selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri 2023 peringkat kontinjen Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, hari ini.


Hussein berkata, pihaknya juga akan memperketatkan kawalan dan pemantauan di semua lokasi terutama kawasan perumahan di semua daerah negeri ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Ops Selamat kali ini akan menumpukan kepada 62 lokasi titik panas berlaku kesesakan dan enam lokasi hitam berlaku kemalangan di Selangor termasuk di kawasan pinggir bandar.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 21-4-2023 12:12 PM
Edited by Skuau at 21-4-2023 12:15 PM

Hormati minoriti...jangan diganggu mereka nak tidur,rehat...walau sebelum ini kita terpaksa tadah telinga dgr berdentam dentum,gegak gempita sana sini.HORMATI LA MINORITI.
Quote AbukRokok 21-4-2023 12:30 PM
Tgk malam ni
Quote Skuau 21-4-2023 12:33 PM
AbukRokok replied at 21-4-2023 12:30 PM
Tgk malam ni

Semoga mereka akur,redha,pasrah...jer.
Quote Belibis 21-4-2023 12:40 PM
Sembangggggg...paling2 ada la tangkapan sekor dua,buat raso raso.
Quote bondeh 21-4-2023 02:36 PM
Ok, tengok perayaan 'pesta cahaya' nanti. Oh kata mereka apa salahnya lawan bakar2 mercun sebab setahun sekali jahhh nak meraikan.
Quote PULANGKAN 21-4-2023 11:41 PM
berat sebelah punya warning

time diorang-diorang, boleh pulak

haritu pukul 2 pagi diorang main mercun, takde pulak warning bagai

kita belum takbir raya, dah dapat warning. hampeh
Quote jas7512 22-4-2023 12:05 AM
Anak jiran i main mercun..tetperanjat i...rasa mula2 mcm nak marah je..pastu ckp kat diri..sabar. bg mrk main hari ni je..esok buat lg siap kau
Quote dudaberhias 22-4-2023 12:08 AM
masih berdentum2 di kawasan area kaka...

tapi tak heran pun nok haku pun gigih dok kemas rumah takut orang datang esok... kuih raya nak kena bubuh dalam balang... duit semua dah bubuh dalam sampul...

yang pasti ada satu sampul tu berkepuk2 duit dalam tu dan hanya akan di bagi pada yang herlokkkk... yang tak herlokkk aaa nah 2 hengget jah... pi main2 jauh....yang tak herlok jangan sesekali datang beraya yach....


Quote otai_g 22-4-2023 12:27 AM
Tmpt aku ni da pkl 12.30 bunyi mercun mcm nak perang. Walhal balai polis dkt jer. Hehehe..
Quote acikhan 22-4-2023 02:19 AM
tempat haku nie haaa tgh berlaga2 perang2 main mercun td kuar jln beso x nampok keta pulis setakat nie...
Quote Mary_jane 22-4-2023 02:12 PM
Elok je bebudak main sampai pukul 2 malam tadi. Tak baca berita lettew.
Quote Skuau 22-4-2023 03:49 PM
kalo nak UBAH pung...taun depan la..cny dh main,deepavali dh main,raya tgh main...akan datang...keamatan,gawai,krismas...bg semua puas ati..taun depan...HARAMKAN TUK SEMUA AKTIVITI  DAN PERAYAAN.SELESAI.
Quote hayrin86 22-4-2023 04:37 PM
bondeh replied at 21-4-2023 02:36 PM
Ok, tengok perayaan 'pesta cahaya' nanti. Oh kata mereka apa salahnya lawan bakar2 mercun sebab seta ...

Lama lagi Deepavali tahun ini.. Tiap-tiap kali Hari Merdeka elok aje tak ada main bakar-bakar mercun.. Krismas pun tak ada bakar-bakar mercun juga..

Quote miss_white 22-4-2023 04:52 PM
Berani2 sound majoriti ya
Hari raya kena la ada bunyi mercun baru meriah lah tongong

Quote sharlenetexas 22-4-2023 05:12 PM
Campak pergi gaza.
Suka sgt bunyi berdentum2.

Quote gekkou 22-4-2023 05:39 PM
owh selangor je ke?
buat sekali lah utk KL
sakit telinga dengar
dah la bakar kat parking area
hadoiiii
Quote Skuau 22-4-2023 06:48 PM
gekkou replied at 22-4-2023 05:39 PM
owh selangor je ke?
buat sekali lah utk KL
sakit telinga dengar

mercun memang camtu..bila bakor jer...meletop la dia...
Quote hayrin86 23-4-2023 04:40 PM
Skuau replied at 22-4-2023 03:49 PM
kalo nak UBAH pung...taun depan la..cny dh main,deepavali dh main,raya tgh main...akan datang...keam ...

Kaamatan, Gawai dan Krismas tak ada aktiviti main mercun langsung..

Quote Skuau 23-4-2023 05:38 PM
hayrin86 replied at 23-4-2023 04:40 PM
Kaamatan, Gawai dan Krismas tak ada aktiviti main mercun langsung..

mana tau depa nk main..bg le 'LENGKAP'  taun ni..bg semua perayaan main..taun depan terus jer buat undang2..'pembakaran mercun diharamkan di Msia'.Dah...selesai.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.043771 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top