CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bazar Aidilfitiri Terengganu Buat Sales 'Kaw-Kaw' Dengan Harga Gila Serendah 50 Sen!

21-4-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 549| Komen: 4

Sebahagian peniaga Bazar Aidilfitri di Terengganu membuat jualan 'gila-gila' dengan menawarkan harga tidak masuk akal kepada pengunjung bermula harga serendah 50 sen, malam tadi.

Jualan lelong bagi mengosongkan premis itu dilakukan susulan penetapan kerajaan negeri yang menetapkan waktu jualan dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam sahaja.



Foto: Harian Metro

Tinjauan di bazar Aidilfitri Dataran Shahbandar mendapati orang ramai membanjiri perkarangan bazar bagi mendapatkan pelbagai barangan keperluan Aidilfitri seperti baju, seluar, kasut, songkok, jam tangan dan songket selain biskut raya yang ditawarkan dengan harga gila-gila.

Ada juga peniaga yang menawarkan harga serendah 50 sen untuk sehelai baju kanak-kanak, jam tangan kanak-kanak dan beg tangan wanita berharga RM1 kepada pengunjung bertuah.

Selain itu, peniaga kuih dan biskut raya pula menawarkan harga lelong RM100 bagi lapan bekas kuih dan biskut raya.


Pengunjung, Nurul Fatin Adriana Hamzah, 23, berkata, setiap tahun dia akan datang ke Bazar Aidilfitri Shahbandar bagi mendapatkan pelbagai barangan yang dijual harga lelong.

"Persiapan Hari Raya untuk diri sendiri seperti pakaian sudah dibeli awal-awal lagi. Malam ini saya bersama adik beradik datang untuk mencari biskut raya.

"Setiap tahun saya dan adik beradik akan ke sini (Shahbandar) pada malam raya tetapi tahun ini disebabkan kerajaan memutuskan jualan Bazar Aidilfitri hanya dibenarkan sehingga sehari sebelum Aidilfitri, jadi kami datang malam ini untuk membeli barangan pada harga murah," katanya yang tinggal di Panji Alam, di sini.

Kerajaan negeri sebelum ini menetapkan operasi Bazar Aidilfitri hanya dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam 29 Ramadan iiaitu sehari sebelum Hari Raya bagi memberi laluan kepada pekerja kebersihan membersihkan sampah sarap di kawasan bazar menjelang Aidilfitri.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lurve82 21-4-2023 01:23 PM
Jauh la pulak dari dungun ni
Quote lurve82 21-4-2023 01:24 PM
Eh hari ni xde. Last semlm. Baru pasan
Quote wirazam 21-4-2023 09:57 PM
lurve82 replied at 21-4-2023 01:23 PM
Jauh la pulak dari dungun ni

Gi la beraya rumah zizang..hu hu
Quote helicornia 22-4-2023 12:20 AM
Kesian pulak tengok peniaga lelong brg tu.untung ke bisnes

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.040735 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top