CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Bunuh Suami, 'Roh' Mangsa Nak Menghadap Hakim Pertahan Kematiannya Telah Ditakdirkan

20-4-2023 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1569| Komen: 19

Bekas pensyarah yang didakwa membunuh suaminya memberitahu Mahkamah Tinggi, Seremban, Negeri Sembilan bahawa roh mendiang hadir dan ingin menghadap hakim di mahkamah, sekali gus mencetus kekecohan.


Lau Seck Yan, 56, berkata, dia akan bercakap bagi pihak mendiang suaminya, Poh Seng Hiap.

"Selamat pagi semua. Saya, Lau Seck Yan, telah dituduh membunuh Poh Seng Hiap.


Lau Seck Yan mendakwa roh mendiang suaminya hadir untuk menghadap di mahkamah. — The Star

“Sebagai isterinya, saya ingin menjelaskan Poh Seng Hiap tidak dibunuh. Ia adalah ajal dan kematian yang telah ditakdirkan.

"Encik Poh tidak dibunuh," katanya.

Hakim Rohani Ismail kemudian memberitahu tertuduh bahawa perbicaraan belum dimulakan dan dokumen berkaitan hanya diserahkan kepada pasukan pembelanya pada hari tersebut.

Beliau seterusnya berkata, mahkamah akan mendengar keterangan saksi dan tertuduh di mahkamah kemudian.


Hakim juga berkata, pasukan pembelaan Lau juga telah menyatakan bahawa mereka mungkin memfailkan representasi kepada Jabatan Peguam Negara atas pertuduhan itu.

Lau, yang sebelum ini bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Port Dickson pada 2018, bagaimanapun terus mendakwa dirinya tidak bersalah.

“Poh Seng Hiap tidak dibunuh. Ia adalah ajal. Ini saya, Poh Seng Hiap yang sedang berucap.

“Anda perlu faham bahawa isteri saya tidak membunuh saya.

“Saya Poh Seng Hiap di sini. Mengapa anda tidak menerima bahawa isteri saya tidak membunuh saya? Saya ditakdirkan untuk mati,” katanya.

Lau pertama kali didakwa pada 28 Januari tahun lalu atas pertuduhan melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Perbandaran Golf dan Desa Rasah Kemayan, Seremban, Negeri Sembilan antara pukul 3.30 petang dan 4.30 petang pada 23 Januari.

Poh, 55, yang merupakan seorang akauntan ditikam di dada dan perut.

Mahkamah Majistret juga memerintahkan tertuduh menjalani penilaian psikiatri di Hospital Permai di Johor Bahru, Johor dan pasangan itu difahamkan mempunyai empat anak perempuan.

Apabila mahkamah menetapkan tarikh 3 Mac 2025 untuk perbicaraan, Lau sekali lagi mencelah.

“Kamu perlu berlaku adil kepada kami. Poh tidak dibunuh. Ia adalah ketentuan,” selain turut mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada hakim.

Hakim Rohani kemudian memberitahu tertuduh bahawa dia sentiasa cuba berlaku adil kepada semua orang dan dia tidak boleh memberi tarikh lebih awal kerana terlalu banyak kes perlu dihadapinya.

Dalam pada itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alauddin Baharom. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 20-4-2023 05:31 PM
fuhh mcm dlm filem seram siam gittu
Quote PULANGKAN 20-4-2023 05:54 PM
auto nak dapat kad oku lerr ni
Quote dua_chzy 20-4-2023 06:54 PM
YA ALLLLAHHHHH MEMANG RAKYAT DUNIA MAKIN GILA YA LEPAS KENA VAKSIN COVEDDDDD
Quote Belibis 20-4-2023 07:34 PM
dua_chzy: YA ALLLLAHHHHH MEMANG RAKYAT D ...

Kita tunggu hujah dari sis blast..silakan..
Quote kemaruk 20-4-2023 07:48 PM
3000 tahun lepas boleh la tipu orang guna trick camni

Silap2 boleh cipta agama baru
Quote imanjannah 20-4-2023 07:53 PM
lain macemmm
Quote Skuau 20-4-2023 07:55 PM
Aku TERbayangkan..suami dia terlompat lompat...terlompat...lompat  pigi mahkamah...
Quote monreyes 20-4-2023 07:57 PM
soh hasben diq bawak hakim.dari kuburan
Quote shida81 20-4-2023 08:24 PM
Wow lain mcm trick dia... Kad oku da lauk okeyy
Quote orenmango 20-4-2023 08:28 PM
"selain turut mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada hakim"

Quote JunkMail 20-4-2023 08:32 PM
Apooooooo???
Quote Tinot7 20-4-2023 08:52 PM
Acik ni dolu2 ajaq kos apa? Drama?

Bekas pensyarah yang didakwa membunuh suaminya memberitahu Mahkamah Tinggi, Seremban, Negeri Sembilan bahawa roh mendiang hadir dan ingin menghadap hakim di mahkamah, sekali gus mencetus kekecohan.
Quote makneng 20-4-2023 09:54 PM
Ah soh lu dah kenapa? Sohai?
Quote tumpanglalu74 20-4-2023 10:33 PM
Dah lama aku tak tergelak besor macam ni..
Quote miss_perfect 20-4-2023 10:43 PM
Wohahahahaha makin gila dunia niiii
Quote sambaldurian 20-4-2023 11:46 PM
Aku rs org dlm sidang mahkamah tu pun msti tahan gelak. Nk gelak tp kes bunuh pulak.
Quote fortiori13 21-4-2023 09:26 AM
Edited by fortiori13 at 21-4-2023 01:27 AM

Elok pulak timing roh suami tu muncul time bininya dalam mahkamah depan hakim ya...
Quote mawardia 21-4-2023 04:17 PM
Hahahahahahah siao!!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.170484 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top