CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikea Malaysia Dipuji Tamatkan Kontrak Syarikat Keselamatan Aniaya Pekerja

20-4-2023 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 525| Komen: 1

Ikea menerima pujian daripada NGO hak buruh North South Initiative selepas membatalkan kontraknya dengan sebuah syarikat keselamatan di Malaysia susulan laporan berkaitan penganiayaan terhadap pekerja.


“Ini adalah sektor yang paling tidak dikawal dengan risiko penganiayaan pekerja yang tertinggi. 



“Ia juga dikawal oleh pemilik yang sangat berkuasa yang juga bekas pegawai keselamatan,” kata pengarah eksekutifnya Adrian Pereira.

Katanya, tidak diketahui bagaimana pekerja-pekerja itu diwakili dan sama ada mereka mempunyai kesatuan sekerja atau tidak.

“Kita malah tidak tahu sama ada pengawal keselamatan layak mendapatkan gaji minimum atau tidak,” katanya.


Adrian Pereira


Terdahulu The Financial Times melaporkan Ikea Malaysia memutuskan hubungan dengan pembekal tenaga kerjanya atas alasan melanggar dasar syarikatnya.

Siasatan dalaman syarikat sekutunya Inter Ikea dan Ikano Retail mendapati pekerja dari Nepal terpaksa membayar sehingga AS$1,000 (RM4,400) untuk mendapatkan kerja di Malaysia.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.077284 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top