CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Keruhkan Lagi Keadaan, Khir Toyo Dah Lama Bercerai

20-4-2023 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2180| Komen: 16

Ramai pihak terkejut dengan pendedahan dibuat Zaharah Kechik berhubung penceraiannya dengan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo pada Khamis.

Hubungan pasangan itu yang sebelum ini tergantung tidak bertali akhirnya terjawab selepas Zaharah mengesahkan status terkini mereka yang bukan lagi suami isteri.



The Star

Dalam pada itu, timbul pula spekulasi mengatakan perpisahan itu sudah lama berlaku iaitu sejak September lalu dan Dr Mohamad Khir mengambil pendirian untuk merahsiakan hal berkenaan.

Mengulas lanjut berhubung perkara tersebut, bekas wakil rakyat Sungai Panjang itu tidak menolak dakwaan terbabit dan mengaku bahawa ia sudah lama berlalu.

"Kes penceraian itu sudah lama berlaku, kira-kira September lalu.

"Jadi saya tak nak ulas lanjut berkaitan hal itu, jangan keruhkan lagi keadaan. Terima kasih," ujarnya kepada Majoriti.


Justeru, dakwaan mengatakan kedua pasangan itu sudah lama berpisah adalah perkara benar dan diharap semua pihak sedia menerima dengan hati terbuka berhubung kenyataan dikeluarkan kedua belah pihak itu.

Terdahulu, Zaharah Kechik menerusi Facebook peribadinya memuat naik perkongsian berkenaan hubungan dengan bekas suaminya.

Beliau dan Dr Mohamad Khir Toyo telah pun sah bercerai dan meminta orang ramai tidak menimbulkan sebarang fitnah di masa hadapan. 


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 20-4-2023 05:11 PM
Dia ada 2nd wife kan.org gomen
Quote ultra78 20-4-2023 05:34 PM
Kenapa berita ni naik? Nak cerita disondol jugak ke?
Quote jas7512 20-4-2023 05:55 PM
Bekas boss besar i dulu..dgn bini cina dia masih kahwin kah
Quote opie5662 20-4-2023 05:59 PM
Masih makan tempe kah utk mengekalkan kecantikan? ... Kahkah
Quote rosmahisham 20-4-2023 06:04 PM
Dah tua2 bercucu baru nk cerai berai..cari lah bahagia msg2!
Quote SalenaGomez 20-4-2023 06:15 PM
jas7512: Bekas boss besar i dulu..dgn b ...


Kaya sungguh kan dia ni?? Btw ex wife dia kira lawa la juga kan
Quote jas7512 20-4-2023 07:10 PM
SalenaGomez replied at 20-4-2023 06:15 PM
Kaya sungguh kan dia ni?? Btw ex wife dia kira lawa la juga kan

Aah..datin zaharah tu comel .tak sangka mrk blh brrcerai
Quote Belibis 20-4-2023 07:37 PM
Kecantikan bukan tiket tak bercerai..bukti PS,DD..
Quote Lily_Elizabeth_ 20-4-2023 07:55 PM
Belibis replied at 20-4-2023 07:37 PM
Kecantikan bukan tiket tak bercerai..bukti PS,DD..

Dan I.

Ewah.

Hihi.

Tapi kan seronok gak kahwin lain ni. Dapat rasa kasih sayang yang lain lak. Kadang jemu.
Quote makita 20-4-2023 09:01 PM
Sesama mkn tempe sampai muka msing2 berubah pon leh cerai kah.
Quote samperit 20-4-2023 09:13 PM
jas7512 replied at 20-4-2023 05:55 PM
Bekas boss besar i dulu..dgn bini cina dia masih kahwin kah

sbb kawin dgn bini cina ni ke toyo dgn exwife bercerai?
Quote SANKURIANG 20-4-2023 09:15 PM
Khir Toyo…my former dentist, buat bridging job kat my teeth sangat superb…..tahan la 10 tahun….
Quote Perwira2022 20-4-2023 09:48 PM
Masa top dulu tak ingat nak jaga air muka orang... Kifarahnya lepas tu satu demi satu sial menimpa dia..
Quote makneng 20-4-2023 10:18 PM
Kemain cekang khasiat tempe eh
Quote Decaffeinated 20-4-2023 10:39 PM
Dia ni takde stand by pingat. Kena tarik satu terus turun kasta rakyat jelata. Nasib baiklah dentist, boleh jugalah usung title Dr.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.141469 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top