CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Michelle Yeoh Bawa Trofi Oscar Jumpa PMX

20-4-2023 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1149| Komen: 14

Bintang Hollywood kelahiran Ipoh, Tan Sri Michelle Yeoh membuat kunjungan ke Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Pertemuan bersama bintang Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 itu dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui hantaran di Instagram (IG) Story dan Facebook beliau.




Dalam perkongsian itu, Anwar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Perak itu kerana membawa trofi yang dimenanginya menerusi filem Everything Everywhere All At Once pulang ke Malaysia.

Menerusi watak Evelyn Quah Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once, Yeoh meraih kemenangan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menewaskan Andrea Riseborough (To Leslie), Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jambatannetizen 20-4-2023 05:04 PM
Ni BARU dikatakan icon/superstar. Bakat dgn personaliti dia setanding dgn populariti. Followers ciput je banding retis2 lain, tapi hasil dia lagi hebat.
Quote bunnyj3lly 20-4-2023 05:24 PM
Sopan je kak Michelle. Pandai ikut resmi budaya.. duk Hollywood, bergaya cara sana, balik tanah air, jumpa orang kenamaan, ikut budaya sini. Syabas!
Quote kakigojes 20-4-2023 05:28 PM
I suka sikap mcm ni! Masa BN memerintah, she shows tendency untuk side BN, but tak ada issue nak bersua dengan PMX untuk kongsi her glory and achievement! Tahniah TSMY
Quote miss_perfect 20-4-2023 05:45 PM
Michelle ni betul-betul mengamalkan statement "Ipoh mali talak sombong" tu ye. Bagus betul.
Quote she 20-4-2023 07:13 PM
Ariana Grande pun masuk komen
Naomi Campbell

Mana Bront?
Taknak ucap tahniah ke
Quote dudaberhias 20-4-2023 07:19 PM
tapi bukan ke sheols tak boleh cakap melayu dan tak berbangga jadi rakyat malaysia bak kata orang2 entah dari mana haritu yang dia sendiri pun tak tahu apa tapi tiba2 klem macam tahu...

go go acik michelle

Quote sleepandream 20-4-2023 08:37 PM
memang ada perkataan menghimbau ke dalam kamus bahasa?
ke admin fb typo?

Quote Hoola 20-4-2023 09:23 PM
the real actress in her own class
Quote dudaberhias 20-4-2023 09:28 PM
sleepandream replied at 20-4-2023 08:37 PM
memang ada perkataan menghimbau ke dalam kamus bahasa?
ke admin fb typo?

ada kaka... memang betul da ejaan tu... sebab dia berasal dari perkataan himbau
tapi mengikut lidah kita sebutan dia macam ngimbau... ejaannya masih pelik sebab huruf ABC bukan lah aksara asal orang melayu.. takde huruf nga...


Quote miss_perfect 20-4-2023 11:01 PM
dudaberhias replied at 20-4-2023 09:28 PM
ada kaka... memang betul da ejaan tu... sebab dia berasal dari perkataan himbau
tapi mengikut lida ...

I terus check kamus lepas baca ni... Tq Kaka dud bagi ilmu baharu. Ingatkan meng(h)imbau ni sama macam mengimbas, rupanya root word dia himbau.
Quote FlexyFox 21-4-2023 12:56 AM
Wah! Bagusnya dia. Penampilan pun sopan, humble.
Quote Orix 21-4-2023 01:14 AM
Pelakon terbaik meets pelakon terbaik
Quote tikusmontok 21-4-2023 06:25 AM
Orix replied at 21-4-2023 01:14 AM
Pelakon terbaik meets pelakon terbaik

'Pelakon terbaik' kedua tu kena inverted comma
Quote imanjannah 21-4-2023 06:55 AM
individu glokal

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.033925 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top