Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan lelaki di Britain selepas dia didapati menggodam lebih 700 kamera web untuk mengintip wanita di seluruh dunia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Christopher Taylor, 60, ditahan selepas memperdaya 772 orang untuk mendapatkan kawalan ke atas kamera web mereka. Perisian jahat (malware) yang digunakan Taylor memberinya akses penuh ke atas kamera web serta log masuk untuk mengintip mangsanya semasa mereka belajar, berlatih yoga dan melakukan hubungan intim, jelas keterangan di Mahkamah Diraja Bolton. Sepanjang tempoh itu, Taylor secara rahsia menonton dari sebuah komputer riba di rumahnya di Wigan sebelum ejen FBI akhirnya menjejaki penggodam tersebut. Komputer riba milik seorang pelajar di Institut Teknologi Georgia mendedahkan jenis malware yang digunakan Taylor sebelum rumahnya diserbu pada 2016.
Taylor yang dipenjarakan selama 14 bulan telah mengintip ramai wanita untuk kepuasan seksualnya sendiri serta mengumpulkan 80,000 imej dan video antara 2010 dan 2016. Secara keseluruhan, 82 imej melibatkan haiwan ditemui termasuk satu klip video seorang wanita melakukan hubungan seks dengan anjing. Taylor juga telah memadamkan beribu-ribu fail sebelum ditangkap. Dia memperdaya mangsa dengan laman web lucah palsu yang apabila diklik, akan memberikannya akses penuh ke komputer riba mereka, termasuk kamera web. Sumber: Kosmo
|
Tinot7 replied at 20-4-2023 08:20 PM
Deme yg nak akses laman web poron pelesu tu ka???
Dia memperdaya mangsa dengan laman web lucah pals ...
she replied at 20-4-2023 10:27 PM
Nasib pc gaming macik takde camera
Tak pernah terdetik nak pasang
Nak zoom guna ipad je
kakikuDibibirmu replied at 20-4-2023 10:02 PM
Abang janji, lepas rakam, abang delete
Tinot7 replied at 21-4-2023 05:35 AM
Eh geli la komen ni..
kakikuDibibirmu replied at 21-4-2023 05:42 AM
Mula-mula memang geli sis, tapi nanti lama-lama dia jadi sedappp sangat-sangat {:sh ...
kaedahnya replied at 21-4-2023 06:55 AM
anjing? teringat yang mat saleh australia kena kokak perut ngan anjing anjing dia dalam keadaan boge ...
ADVERTISEMENT