CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak Cetus Kekecohan Pecah Masuk Pagar White House

20-4-2023 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 343| Komen: 2

Kanak-kanak mencetuskan kekecohan sehingga ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) dikerah ke lokasi selepas dia menyusup masuk melalui gerigi pagar ke pekarangan White House. 

Mirror melaporkan, Pegawai Bahagian Beruniform Perkhidmatan Rahsia AS (USSS UD) yang diamanahkan menjaga keselamatan White House melintasi Halaman Utara untuk mendapatkan kanak-kanak itu dan mempertemukan dia semula dengan ibu bapanya di Pennsylvania Avenue.


EPA

Akses ke kompleks itu turut dihadkan seketika ketika pegawai membawa budak yang hilang itu kepada penjaganya.

Pegawai kemudian menyoal siasat ibu bapa kanak-kanak berkenaan sebelum membenarkan mereka meneruskan perjalanan.


EPA


Jurucakap USSS UD, Anthony Guglielmi berkata, pegawainya bertemu dengan kanak-kanak lelaki itu di pagar utara White House.

“Sistem keselamatan White House serta-merta mencetuskan tindakan USSS UD dan kanak-kanak itu segera disatukan semula dengan ibu bapanya,” katanya dalam satu kenyataan.

‘Pencerobohan’ itu berkemungkinan adalah kali pertama berjaya dilakukan sejak pagar White House dinaikkan dua kali ganda ketinggiannya kepada kira-kira 4 meter selepas beberapa siri pelanggaran keselamatan sejak kebelakangan ini.



EPA

Menurut Perkhidmatan Taman Negara, pagar baharu itu menggabungkan teknologi pengesanan antipanjat dan pencerobohan yang direka untuk mengurangkan ancaman keselamatan semasa dan masa depan.

Beberapa mata logam tajam ‘antipanjat’ diletakkan di atas pagar pada Julai 2015 dalam usaha untuk menyukarkan penceroboh memanjat. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 20-4-2023 08:27 PM
Dia lobos sbb kecik voley lalu antara tiang pagar tu ka apa?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.043568 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top