Heboh di media sosial berhubung dakwaan pihak organisasi karnival jualan Aidilfitri Hoorey x Fest Raya menipu peniaga ekoran pembatalan acara di saat akhir. Difahamkan, karnival tersebut seharusnya berjalan pada hari Rabu hingga Jumaat ini di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL)
Isu tersebut turut memberi kesan mendalam kepada pelakon, Shakilla Khoriri yang juga membayar tapak dengan bayaran penuh di festival tersebut. Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Shakilla berkata, pelbagai kos dikeluarkan untuk berniaga dari segi pekerja dan modal untuk menyediakan booth tersebut. "Semua pun dalam kesusahan apabila dipermainkan macam ni,” katanya. Menerusi hantaran sama, Shakilla berkata dia memandang ujian tersebut dari positif serta beranggapan bahawa Allah SWT mahu dirinya berehat setelah penat bekerja. “Aku sekadar jadi pembaca setia dalam group yang mengumpulkan semua vendors yang terlibat. Saya speechless! Tak tahu nak buat apa lagi. “Aku rest and tengok je hiruk pikuk dalam media sosial. Game orang-orang besar dan juga orang-orang yang berlagak pandai. “Pada aku, Allah bagi ujian untuk ramai orang, bukan aku. Jadi aku rehat. Aku yakin ada hikmah,” ujarnya. Sumber: Xtra
|
helicornia replied at 20-4-2023 05:10 PM
Byk sgt karnival pun.laku ke.jln tar pun sendu katanya.org ramai tp tk beli pun
Vet playas veterinary hospital
ezacbee replied at 20-4-2023 05:40 PM
Katanya man belon.
doridori_hi replied at 20-4-2023 06:42 PM
Dgr cita pengarah syarikat dah kena tangkap ?! boy belon pekerja je takde kena mengena katanya
LadyCarefree replied at 20-4-2023 08:41 PM
Pengarah ada title Dato katanya. Polis lata nak cek juga title legit atau tak.
ezacbee replied at 20-4-2023 05:40 PM
Katanya man belon.
LadyCarefree replied at 20-4-2023 08:41 PM
Pengarah ada title Dato katanya. Polis lata nak cek juga title legit atau tak.
ResellerMaxis replied at 20-4-2023 09:51 PM
Anugerah datuk ni dah macam pangkat yang diberi pada penjenayah plak.
Ts muhyiddin. Ds zahid hami ...
ResellerMaxis replied at 20-4-2023 08:51 PM
Anugerah datuk ni dah macam pangkat yang diberi pada penjenayah plak.
Ts muhyiddin. Ds zahid hami ...
ezacbee replied at 20-4-2023 05:40 PM
Katanya man belon.
ADVERTISEMENT