CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Penyanyi Kumpulan Pearl Alami Pendarahan Otak Motosikal Kemalangan Di SKVE

20-4-2023 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2726| Komen: 19

Bekas penyanyi kumpulan Pearl, Mohd Amir Esa dilaporkan mengalami kemalangan membabitkan motosikal ditunggangnya di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) berhampiran pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya, semalam. 



KEADAAN Amir ketika dibawa ke hospital selepas terbabit dalam kemalangan motosikal.

Kemalangan itu mengakibatkan Amir patah lapan bahagian di tulang rusuk kanan, retak tulang bahu, retak kecil di bahagian leher dan sedikit pendarahan di otak.

Pengurus artis, Aalan Ahmad berkata, Amir yang menunggang motosikal sendirian tidak dapat dipastikan sama ada menjadi mangsa langgar lari atau jatuh sendiri.

"Saya dihubungi anaknya yang memaklumkan kejadian menimpa bapanya itu," katanya.


BEKAS penyanyi kumpulan Pearl, Amir.


Aalan berkata, ketika kejadian Amir yang tinggal di Cyberjaya keluar untuk mengambil barang di IOI City Mall sebelum mahu pulang ke rumah. 

"Kemalangan berlaku semasa dia menunggang berhampiran susur keluar SKVE. Agak sukar untuk kenal pasti kejadian sebenar kerana tiada saksi.

"Orang awam jumpa dia dalam keadaan terbaring sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang," katanya. 

Amir bersama Pearl aktif di industri muzik tanah air pada 1996. Mereka menempa nama menerusi lagu popular Aku Tidak Bersalah.   


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 20-4-2023 03:18 PM
Takziah.
For the life of me, aku xleh recall lagu kump pearl nih.
Quote asfaz 20-4-2023 03:28 PM
Thunderclouds replied at 20-4-2023 03:18 PM
Takziah.
For the life of me, aku xleh recall lagu kump pearl nih.

[youtube]09INN7IOGPQ[/youtube]

Quote Thunderclouds 20-4-2023 03:39 PM
asfaz replied at 20-4-2023 03:28 PM

Tq chuolss.
Jenis meleweh² lagunya yer.
Quote lolen 20-4-2023 03:44 PM
Dato' katanya amir ni.. dia buat bisnes aoa yem..motor eksiden tu motor berkuasa tinggi ke
Quote kucingitam 20-4-2023 04:20 PM
lolen replied at 20-4-2023 03:44 PM
Dato' katanya amir ni.. dia buat bisnes aoa yem..motor eksiden tu motor berkuasa tinggi ke

apekah bisnes aoa yem tu?
Quote shernazz 21-4-2023 01:14 AM
Eksiden TU bila ek?
Sebab iols ke kajang lalu skve lepas berbuka mmg ada eksiden sangat teruk
Kete kena langgar...maybe mcm mencucuk kot..
Tp takde nMpK pula motosikal..
Moga baik2 aja
Quote dudaberhias 21-4-2023 01:22 AM
moga takde apa2 yang teruk... semoga beransur pulih amin...
Quote Supersirap 21-4-2023 06:38 AM
Salam takziah kepada keluarga, semoga diberikan kesembuhan dan kesejahteraan
Quote imanjannah 21-4-2023 06:54 AM
syukur org ramai jumpa.. terbabas ke atau langgar lari
Quote ujio 21-4-2023 09:09 AM
Haa popular satu lagu tu je aku ingat..
Dulu rambut panjang kerinting..cousin amy phewwwittttt
Quote shernazz 21-4-2023 09:53 AM
Cleocatra replied at 21-4-2023 09:34 AM
Lagu era 90an memang banyak yang meleweh leweh uols. Kalau tak sampai 9 harokat tak sah..

Orang kita panggil.lagu leman
Quote bedahmenjuyah 21-4-2023 12:04 PM
Thunderclouds replied at 20-4-2023 03:18 PM
Takziah.
For the life of me, aku xleh recall lagu kump pearl nih.

Sama. Bila sebut pearl, aku ingat achik jeri je.

Utk amir semoga segera sembuh dan dimudahkan segala urusan.
Quote Insomniacs 21-4-2023 12:26 PM
Teruk tu..Semoga dipercepatkan proses kesembuhannya
Quote Moyangkucing 21-4-2023 12:50 PM
Kesian nya... Get well soon... Nak raya ni tentu keluarga sedih dgn tragedi ni....
Quote ashilalat 21-4-2023 05:22 PM
dudaberhias replied at 21-4-2023 01:22 AM
moga takde apa2 yang teruk... semoga beransur pulih amin...

Elok ke beliau ni? Slalu kak dud doa utk yg helok2 je.
Quote Bolabulat 22-4-2023 02:26 AM
Lagu dia yg ramadhan tu best jugak, selalu berkumandang lepas berbuka.
Quote scrocth 22-4-2023 02:54 AM
Heols la penaja tanah gv4 yg dato ecah fight smp harini xsettle lagi tu.
Quote SpyLeman 24-8-2023 07:57 AM
3-4 hari ni Acik Ecah dok bising pasal tanah lot hasil tajaa Datuk Seri Amir Pearl ni blm setel2 lg. Dah nak kena lelong pun brg2 dlm rumah dia. Kuat jugak propa dia ni. Harapnya kecelakaan yg menimpa memberi hidayah kpd dia agar jgn propa dan menipu org ramai

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.143662 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top